21 Jan 2013

Penyakit biasa ketika hamil

Biasanya orang kata time pregnant ni, penyakit yang paling mudah nak 'hinggap' ialah diabetes and high blood pressure. Aku cuak jugak sebab kalau ikut sejarah keluarga, mak ada both penyakit. Kakak-kakak aku pulak, time pregnant ramai yang high blood. Kakak yang #2 the only one yang dapat both penyakit dan kena diabetes masa last pregnancy dia. So, chances aku nak mendapat kedua-dua jenis penyakit tu sangatlah tinggi. 

Disebabkan family history ada both penyakit dan peraturan baru kat KD yang aku pergi check-up, kalau ada histroy maka kena ulang buat MGTT test AT LEAST 3 kali.

Aku ni bukan pemakan or peminum manis, jadi bila dengar air gula tu mula-mula gigil jugaklah. Ramai yang bagi tips, minum sekali harung jangan stop. Aku ikut petua tu. Procedure biasa, sebelum buat MGTT test kena puasa tak boleh makan atau minum apa-apa daripada pukul 10 malam sebelumnya.

First time minum masa minggu ke-14, memang aku macam orang kehausan kat padang pasir(berlakon), gogok air gula tu dengan begitu rakus sekali. HA HA! Masa minum takde masalah. Lepas minum tu ya Rabbi perut rasa bergelodak macam nak termuntah. Kalau dapat bilas dengan air masak, alangkah nikmatnya. Tapi jangan harap yerr, lepas minum air gula kena 'puasa' 2 jam. Disebabkan tak tahan sangat rasa mual, masa temankan husband breakfast, aku pow sikit air limau suam dia. Ala takat 2-3 sisip je nak bagi hilang loya. Test result? Before minum air gula: 5.1, after minum air gula: 7.4. Tinggi jugaklah kiranya sebab ngam-ngam kat boarder. Tapi mujur jugak tidak melepasi boarder >___<

Second time repeat minum air gula masa minggu ke-20. Masa nurse bagitahu kena repeat tu aku boleh cakap "Alaaa cepatnya kena repeat, lambat sikit tak boleh ke?" Demand plak! ;p. Second time dah boleh expect air gula tu apa rasa bila masuk dalam perut, so OK sikitlah. Aku buat cara sama, gogok terus sampai habis lepas tu tahan rasa nak muntah. Nasib baik tak termuntah, kalau tak sia-sia kena repeat. Test result? Before minum air gula: 4.1, after minum air gula: 4.9. Turunnnnn banyakkkkk! Legaaaaaa. Gumbirnya hati bukan kepalang. Lol! Nurse kata dah repeat and result pun OK, dah takyah minum lagi. Double legaaaaaa.

Aku pun tak tahu apasal beza jauh result yang first and second test tu. Seingat aku, takde pun aku amalkan apa-apa petua. Ada kawan di Twitter bagitahu, petua nak turunkan paras gula dalam darah ialah minum air barli. Aku adalah jugak minum air barli tapi tak selalu dan kalau minum pun yang bergula, bukan yang tawar hebeh takde rasa tu. Makanya, petua tidak dapat dipastikan lagilah keberhasilannya.

Tekanan darah pulak, Alhamdulillah sejak awal pregnant takde masalah. 100-110/70 kebiasaannya :)

Kakak-kakak aku pun pelik apsal aku takde high blood pressure. Kakak aku yang paed tu, siap kena bersalin awal 2 tahun lepas sebab blood pressure dia tinggi. Ohh, kalau ingat balik cerita dia beranak adalah ngeri. Baik aku takyah ingat, seriau >____<. Aku pun pelik sebab boleh kata aku ni kuat makan masin jugak. Kuat makan ikan pekasam/ikan masin masa pregnant ni. MIL pun tahu aku suka sangat ikan masin sepat, rajinlah dia gorengkan untuk anak hantu dia ni.

:: tumbler Tupperware kegunaan di office Kapasiti air ialah1.5L ::

Tak tahulah kalau benda yang aku amalkan ni ada mendatangkan efek pada tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Aku memang kuat minum air masak sejak sebelum mengandung lagi. Setiap hari aku memang aku teguk  plain water AT LEAST 2 liter tanpa gagal, especially kalau kat office. Kalau kat rumah tu biasanya memang terkurang. Minum banyak air masak buat aku tak makan benda-benda merepek (eg: junk food, biscuits, etc.).

Dah hujung-hujung pregnancy ni lagilah, cepat betul rasa dahaga. Kalau orang tak banyak minum air masak pun asyik ke toilet, inikan lagi yang banyak minum. Setengah jam or 45 minit sekali memang diseru-seru ke toilet.



P/S: Kebaikan air masak ni banyak, boleh google sendiri. Tapi, kena ingat minum terlebih air masak pun tak elok. So, minumlah secukupnya mengikut keperluan badan masing-masing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...