17 Jan 2013

Pregnancy update: Of stretchmarks dan perineal massage

Genap masuk minggu ke-34 semalam. Stretchmarks? Belum muncul dan semoga takkan muncul sampai beranak. Hehe. Aku tak kisah pun sebenarnya kalau ada stretchmarks. Sejak awal pregnant lagi tak pernah terlebih-lebih memikirkan perut akan jadi hodoh ke apa ke kalau keluar stretchmarks. Hadap saja. One of 'kenangan' semasa mengandung, no? ;)

Aku start sapu minyak kat perut pun dah lambat. Dah menghampiri 6 months kot baru sapu. Tu pun sebab adik aku yang bising-bising suruh sapu lotion/minyak so that perut boleh stretch betul bila size perut makin membesar. Dia yang concern lebih. Aku? Nan hado kisah. Hahaha.  So bila dia macam takut-takutkan (dan malas dengar dia bebel), aku pun sapulah. Sekarang seronok pulak menyapu minyak kat perut setiap malam sebab boleh borak-borak dengan baby. Most of the time husband yang sapukan. Baby macam tahu je kalau papa dia yang sapu, lepas sapu mesti dia akan bagi respons. Kadang sampai senget perut.


Aku guna Catalyst VCO untuk sapu kat perut. Before 'ritual' menyapu perut, starting from week 32+ hari tu aku dah start buat perineal massage kat 'situ'. Guna MC It's Your Body perineal gel. Beli masa pergi KL hari tu (sadis sangat JB ni tahap bandaraya tapi takde MC iskkk). MC perineal gel ni takde bau sangat kalau nak dibandingkan dengan VCO. Bau VCO tu lagi kuat macam bau k*****. Tapi, hadap jelah -___-". BTW, VCO boleh jugak digunakan untuk perineal massage. Virgin olive oil, sweet oil, almond oil, apricot oil or lubricating gel jugak boleh digunakan untuk perineal massage. Pilihlah mana-mana pun, ikut suka :)


Aku teruja buat perineal massage ni sebab duluuuu (before kahwin lagi) aku baca blog K. Diah, dia kata dia amalkan massage ni and tak kena episotomy masa labour. Wow! Most of wanita mengandung ngerikan bila dengar cerita pasal koyak dan kena jahit lepas beranak? Jangan tipulah kalau kata tak ngeri.


Aku search kat utube video nak buat perineal massage. Then, tengok sama-sama dengan laki berserta harapan dia nak tolong buat macam sapu minyak kat perut tu. Tapi, harapan tinggal harapannnnnn. Lepas tengok video, bukan dia je dengan aku sekali ngeri nak buat. Lol! Masa tengok tu terfikir eh apasal macam kena seluk-seluk pulak ni? Hahahaha ngeriii! Tapi sebab nekad nak mengurangkan risiko tak nak kena episotomy / koyak teruk, aku gagahkan jugak diri untuk buat. 

Pengalaman pertama buat perineal massage? Tidaklah seteruk mana macam yang aku tengok. Itulah, menggelabah lebih padahal takde apa pun. Hehe. Tapi first time buat sendiri, memang WAJIB ada bantuan cermin, kalau tak... tak boleh nak bayangkan. Serius kekonfiusan lepas tengok video terungkai lepas practice urut untuk kali pertama. Oppsss, sorry if TMI! Urutan selepas tu dah tak perlukan cermin lagi dan boleh je buat sendiri. Usaha memujuk supaya husband tolong urutkan masih tidak berjaya sehingga kini sebab dia dok ulang menyebut "Eiiii ngewiiii...ngewiii" dengan nada gedik. Bolehhh? 

Kadang-kadang tu rasa malas nak buat tapi memikirkan kalau malas kang aku yang rugi dan menyesal, memang menggigihkan diri la mengurut. Plus, from what I've read in hypno birthing book, "Perineal massage is vitally important to the success of your hypno birth... The massage should be done EVERYDAY for at least five minutes." So, kalau pagi aku bangun dan bersiap awal sikit, sempatlah adakan sesi mengurut dipagi hari. Tidak kaluuu, malam before tidur je aku buat. Tapi, aku rasa paling bagus kalau buat sehari 2 kali at least.

Ini kira salah satu usaha nak membantu memudahkan proses bersalin nanti, kalau berjaya Alhamdulillah. Kalau kurang berjaya pun, takpelah anggap saja bukan rezeki. Usaha paling penting. Lepas usaha, doa. Lepas doa, tawakkal. Few more weeks to go. How time flies. Nervous bila memikirkan dah nak beranak, tapi at the same time tak sabar nak 'jumpa' baby :)

P/S: Korang (mommies and mommy to be) amalkan tak perineal massage ni?

6 comments:

Suzie said...

pernah tp tak berjaya,teknik salah ke tak tahu la...tetapppp kena jahit :p

ibuhebat said...

nak buat jugak lah. tq for the info :)
Kenapa Shaklee pilihan saya

Unknown said...

macam menarik! can i start as early as 3 months? I hv just finished my 13 weeks :) Also dear, u mentioned you baca buku on hypno birthing. Any suggestion yg mana best?

cc said...

suzie,
amalan hospital kat malaysia, anak 1st memang dorang epi. tp kes kak diah tu, anak 1st tak kena pun. ikut doc kot?


ibuhebat,
all the best!


unknown,
perineal massage recommended 6-8 weeks before delivery. tak boleh buat too early, kang tak pepasal terberanak awal plak :P

i baca hypno birthing "The Mongan Method" :)

Yantie Azan said...

masa aku ada jugak rasa nak buat urutan tu..tapi mcm korang jugak la..tengok youtube lepas tu seram sendiri nak buat..pah ke sudah tak buat pun..hasilnya 2 2 kena jahit..tapi yg ke 2 tu nurse mintak maaf sebab tergunting..patut tak payah pun tak apa..mcm agak bengang la tapi redha je la..
good luck babe!

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...