7 Jan 2013

Short shopping trip to Singapore

Aku kalau masuk Singapore, tak suka lama-lama. Pergi kejap dah, lepas tu balik. Aterrr kata sebelah tambak je, nak lama-lama buat apa khen? Boleh mengulang pergi tiap-tiap hari kalau nak dan kalau rajin. Heh.

Semalam masuk 4-5 jam je kot. Stop betul-betul kat tempat yang memang dituju untuk beli something, takde merambu ke sana ke mari tanpa arah tujuan. Perut dah boyot (32 weeks plus) pun ada hati nak mentawaf Orchard Road? Selagi masih larat, belasahhh.

Parking kereta kat Lucky Plaza lepas tu berjalanlah kami bertiga (aku, husband and adik aku) menyoroti kesibukan Orchard Road. First pit stop, straight to Tang Plaza sebab nak beli NARS kiriman orang. Untuk diri sendiri? Tak beli sebab semalam pergi untuk survey sajork. Pastu singgah kaunter Benefit, sambar seketul blusher untuk diri sendiri. Aku tengok kat Sephora Malaysia, harga Sugarbomb 110. Beli kat Singapore (after convert) 115. So sana mahal sikitlah.

Settle kat Tang Plaza, pergi Abercrombie and Fitch pulak. Adik aku nak restock perfume dia. Mahal dia kata beli kat Singapore sebab masa dia beli kat US harga usd30 je. Semalam kat Singapore sgd90. Cer kalau ada jual kat Malaysia, berapa pulak harganya? Time nak masuk A&F ni, kami dialu-alukan oleh lelaki separa bogel yang setia menanti kat depan butik. Ada 6 packs koooo! Mak malu nak pandang, jadi jeling light-light sajork. Lol! :P

Patah balik ke Paragon saja nak tengok barang baby pulak sebab kat tingkat paling atas macam baby and kids world. Semua kedai jual barang budak. Masuk Mothercare dengan niat "sahaja aku cuci mata kot ada benda yang best bolehlah disambar demi anak" heh heh. Dapatlah beli 2 helai baju anak sebab tak mahu balik tangan kosong. Haha dasarrr sangat! Sale yang gila-gila mark down dah habis kot sebab yang sale semalam tu pun dia nak habiskan stock Autumn/Winter. Kalau convert harga, memang tak berbaloilah beli yang tak sale kat sana sebab mahal sangat rasanya.


Then, kami terus cari masjid untuk solat Zohor dan tunggu masuk waktu Asar sekali. Husband-lah yang jadi tour guide sebab dia dah banyak kali ke sana. Al-Falah Mosque (link maps click sini) ni terletak kat belakang Grand Park Hotel. Very convenient sebab masjid kat tengah-tengah bandar. Very spacious and of course very clean! Toilet pun bersih gila. Memang selesa sangatlah nak beribadah.

Siap solat dan dah takde apa yang nak diburu, kami gerak ke Beach Road untuk melantak. Laki mak dah ngadu lapau lapau lapau. Tula orang offer soh makan pau masa dalam kereta before sampai Orchard Road, eksen tak mahu. Kan dah kelaparan hahahahaha. Daripada Orchard ke Beach Road tak makan masa lama sangat, around 10 mins lebih kurang. Parking full pulak. Kenalah tunggu kat entrance gate sampai ada kereta lain yang nak keluar. Adalah dalam 5 mins stucked depan gate masuk tu.


Husband memang takkan cari benda lainlah kalau ke Singapore. Sup tulang merah yang memang femes kat sana yang dia tuju. Berhantu sangat makan benda nih. Sup tulang ni kambing yerr bukan lembu, jadi orang yang takleh makan kambing toksah la try kang peninggg sebab rasa kekambingannya (the wuttt? haha) memang teserlah. Aku belasah je, sib baik takde alahan makan time pregnant ni. Rezeki tekak.

Last pit stop, Mustafa Centre. Adik aku nak carikan kitchen utensil untuk Jah Mon as birthday gift. Bila dah masuk Mustafa tu, benda yang kau tak plan nak beli pun jadi terbeli. Buah mangga dengan delima pun beli kat negara jiran, over tak? Kahkahkah. Aku terliur tengok mangga epal tu, besar. Harga sebiji sgd4, so beli sebiji je. Jadilaaaaahhhh.


Lalu kat isle yang display coklat, haaa kau rambang mata macam nak borong semua. Tapi sebab dapat mengawal nafsu, maka sambar Daim dan Maple Nougat je. Makan Maple Nougat ni buat aku ketagih, sekali dah makan memang susah nak stop. Sedap gilaaaa weiii. Kat JB ni aku tak tahu nak cari kat mana, sebab tak pernah jumpa. Cari kat The Zone pun takde. Ni pun husband yang introduce. FYI, dia memang hantu coklat lebihhh daripada yours truly.

Zasss berdesup ke check point sebab aku nak tengok AJL. Next time pergi nak cuci mata kat Lush plak. Apa benda yang best sangat ada kat Lush tu? Macam biasa, kiriman dibuka untuk yang berminat :)

2 comments:

Umie Aisya said...

Husband i pn suka betul ngn sup tulang merah tu.i mmg tak la.x suka kambing

Suzie said...

next time mmg nak pergi lg,aritu tak puas..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...