1 Feb 2013

Cupcake anyone?

My ex-high school schoolmate merangkap ex-tablemate safely delivered her first baby 2 weeks ago. Kebetulan anak member aku tu lahir sama tarikh dengan Tok Ti, penyanyi kesayangan si emak. Aku pergi berdua je dengan my BFF. Anak member aku tu lahir 2.65kg. Halus je aku rasa baby dia sebab aku biasa tengok newborn 3kg above. So, bila tengok anak dia rasa macam alalala keciknya. Member aku cakap, nampak je kecik, time nak keluar hari tu pun hazab jugerrr. Bayangkanlah kalau lagi besar?

Dia cerita, waktu dia nak bersalin tu tengah pertukaran shift so takde doctor yang dapat attend. Cuma nurse pelatih je yang assist dia. Midwives ada tapi busy attend patient lain. Dia kata masa dia bersalin tu nasib kurang baik sebab ada kes breech and czer. Jadi dia dapat nurse je. Lepas tu, nurse pelatih tu macam nervous tak kasik dia beranak dulu suruh hold sampai doctor datang. Baby dah nak keluar sangat, nurse suruh tahan. Boleh? Memang menyirap la member aku tu, dia marah je nurse tu. Ha ha. 

Then, ada sorang midwife lalu and tolong check. Midwive tu kata dah nampak rambut baby, terus dia suruh member aku ready untuk push. Member aku mengalami koyak teruk sebab nurse tak sempat nak buat episotomy. Aaaaaaaa...ngeri aku dengar >_____<

Baiklah. Mari lupakan kisah ngeri ini supaya mental tak terganggu sebagai persediaan bersalin untuk diri sendiri.


Ni kes gian nak buat DIY project. Tangan dah gatal-gatal nak berkarya. Phuiii konon :P

Angan-angan besar konon nak buat diaper cake, tapi sebab cari barang pun dah last minute tak sempatlahkan nak dapat semua benda. So aku beli je beberapa helai rompers dan sepasang socks untuk project ni. Gulung je rompers and socks tu letak dalam cupcake casing lepas tu ikat dengan reben. Reben pun tak beli baru, guna lebihan DIY project kad kahwin hari tu. Hasilnya? Bolehlahhh untuk first timer macam aku ni kan? Yang penting, member aku cakap cute hehe :P

To S'mah & Wan, congrats on your newborn! Muka baby sebijik muka bapak :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...