21 Feb 2013

First day cuti

Apa aku buat sepanjang hari Rabu? (Semalam)

Pagi:
Bangun Subuh lepas tu gosok baju kerja husband. Lepas husband selamat berangkat ke kantor, aku sambung tidur sampai dekat-dekat pukul 12 tengahari. Aku mengantuk gila weiii sebab malam tadinya tak dapat tidur langsung.

Al-kisah tak boleh tidur...
Balik kerja semalam, aku dah rasa lain macam. Rasa asyik nak terkencing then lepas Isyak start rasa contractions. Kerap. Aku terus sms akak aku yang paed tu tanya kot la apa yang aku rasa tu tanda nak beranak. Dia soh monitor contractions and wait for labor 'show'. Aku ingatkan semalam memang hari nak beranak rupanya false alarm je. MIL pulak cakap baby dah turun betul sebab tu rasa nak terkencing je. Lain macam sungguh rasa sengal kat bahagian bawah perut. Bab asyik ulang alik ke toilet tu yang tak tahan. Sebelum ni, kalau aku tidur pukul 12-1 pagi takde pun aku bangun untuk wee-wee. Tapi malam tadi 4 kali kot aku bangun ke toilet. Hujung kencing tu rasa pedih gila. Tanya kat twitter, then ada kawan cakap maybe UTI. So dia suggest minum air suam dan air banyak-banyak. Kalau tidak, takut makin sakit. Alhamdulillah mujarab. Phewww! Time terjaga nak ke toilet tu, aku mengerang sebab susah nak bangun. Satu badan rasa sakit-sakit. Husband ikut terjaga sekali lepas tu sokmolah tanya "Sakit ke? Nak p hospital tak?" Hahahaha kesian dia panik ingat aku dah nak terberanak.

Tengahari/Petang:
Lunch. Lepas tu tengok tv sampai tv tengok aku haha. Pukul 4 terjaga barulah kelam kabut mandi sebab belum solat Zohor. Ngaji kejap sementara tunggu Asar. Lepas tu MIL datang ajak makan. Awal gila aku dinner. Baik aku dinner dengan MIL sebab kalau tunggu laki balik jawabnya kebuluran aku. Laki pergi swimming lepas balik kerja, then sambung lepak minum dengan member-member dia. Adik aku datang around 9:00 pm hantar roti sedap. Aku pesan kat husband, make sure telefon sentiada ada dengan dia dan pastikan ada battery. Kot ada emergency (read: neno neno neno nak g spital) dah susah plak kalau tak dapat call.

Malam:
Lepas Maghrib aku cargas start mengemas. Aku pun tak tahu apasal selalunya mood mengemas datang waktu malam. Time siang mood tak nak datang pulak? So start dengan menyapu satu rumah. Puas hati tengok rumah licin takde habuk. Lepas settle tu, mengemas dapur pulak. Susun segala tok nenek Tupperware yang baru diangkut dari kampung untuk isi barang dapur. Sekali lagi puas hati sebab tersusun elok je barang2 kat dapur tu. Hehehe...

Siap mengemas tu, sambung buat laundry pulak. Tapi husband tolong buat dan siapkan sebab dia kesian tengok aku kot? Nak jalan dari living hall ke pantry pun susah dah macam penguin jalan tersenget-senget ~_~

Hari agak produktif walaupun enjin lambat panas. Aktiviti hari Rabu berakhir pada jam 1:00am (hari ni, Khamis). KPI untuk hari ini pula ialah menyapu dan mengemas semua bilik yang ada dalam rumah. 3 bilik je tak banyak pun. Seronok pulak rasa jadi surirumah :P

2 comments:

missrivebell mumun said...

Semoga selamat bersalin ye kak..
Cant wait to see pict of the baby =)

aNiS tHe BumbleBee said...

wah,berdebar2 aku baca.maklumlah..baru lagi rasa.kehkeh!apa2pun selamat bersalin eh. dengan ucapan,teran kuat2.tihihi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...