19 Feb 2013

Last day at the office

Esok genap 39 weeks. Baby still in my tummy. Happily kicking me (at times it was really hard, sakit woi) from the inside especially at night. Waktu nak tidur, aku mengiring ke kiri, dia tunjal-tunjal belah kiri. Aku pusing sebelah kanan, ehh dia tunjal belah kanan pulak. Kan budak bertuah tu namanya? :D

Hari ni masuk office dimulakan dengan sakit kepala. Bila baca What To Expect When You're Expecting, sakit kepala tu salah satu tanda labor. Minor sign je. Kena tabahkan jugak diri menyiapkan kerja-kerja tertunggak. Kalau tidak kesian kat budak praktikal yang assist aku ni, terkial-kial pulak dia nak cover kerja aku.

:: pemandangan di luar bilik pejabat ::

Aku nak bercuti minggu ni pun last minute decision, so tak banyak masa nak ajar dia. Tapi mujurlah jenis cepat tangkap, ajar sekali dua dah pandai. Tidak kaluuu, letih makkk! Aku je yang risau lebih, padahal nanti aku cuti ada je officer lain yang boleh take over kerja. Uiii rasa tak percaya akan meninggalkan office for the GOOD 90 days. Muehehehehe...

Harap-harap dapatlah bercuti dengan tenang dan fokus hanya pada beranak dan anak sajork :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...