8 Feb 2013

Lil one's bedding set

Preparation barang-barang si kecik dalam perut ni dah lengkap (kot?). Alhamdulillah. Latest yang aku beli set bantal dan tilam kekabu. So now ada 2 sets which are cot bedding set and bedding set. 


Baby's cot aku dengan husband beli time year end sale kat Twins Baby JB's outlet. Beli size yang kecik je sebab bilik kitorang pun tidak la besar dan luas. Kalau beli yang besar akan menyempitkan bilik. Kurang praktikal di situ. Lepas tu beli yang beroda, senang nak tolak tarik ikut situasi. Disebabkan size cot yang dibeli tu kecik maka we don't have to buy latex or coconut fibre bed sebab both material takde size kecik. Semua hat besar bagak. Bagus jugak sebab mahal woo tilam latex/coconut fibre tu. Kah kah. Kitorang beli foam bed je harga rm65 kalau tak silap. Tilam tu tak kisah le foam pun, sebab atasnya aku lapikkan dengan quilt. Cot tu lepas diskaun rm350 kot. Lebih kuranglah dah tak ingat pulak. Ni sempena CNY Twins Baby ada buat promotion lagi, go chekidaut.

Cot bedding set kitorang beli kat Aussino masa sale bulan 11 last year. Daripada rm300++ jadi rm180 je. Set consist of cot's bumper, quilt comforter, 1 pillow and 1 bolster. Material dalam polyester la of course, fabric je 100% cotton. Lembut I tell you. Sedap je buat tidur. Ni bukti keselesaan melampau:

Tidur siap kaki terkeluar daripada cot. Haihhh la anak dara T__T. Ohh BTW, si bobot ni dah rasmikan almost semua barang-barang si kecik dalam perut. Untunglahhhhh kau anak :P


Ni set tilam dan bantal kekabu, baru je sampai semalam. Aku suka warna dia yang sangat vibrant. Simple tapi ceria gilos, kan?  It's IKEA's fabric and I bought this set from Little Diva or boleh search kat FB Little Diva. Sempoi je Kak Ninie balut parcel set tilam ni guna plastic je hehe. Tapi kemas! KPI hari ni, nak membasuh sarung tilam and bantal kekabu ni. Aku beli purposely untuk senang nak angkut bawak balik kampung dalam tempoh berpantang nanti and boleh angkut balik sini semula sebab size tilam kabu ni kecik je tapi tak ingat berapa inchs. Tebal dan gebu! Lepas ni aku kena rajin jemur tilam dengan bantal kekabu ni sebab kalau tidak, tak tahan lama. Balik kampung nantilah senang nak jemur, laman rumah Jah Mon luas terbentang.

Aku tak beli bedding set Bumble Bee or Mama Love or brand lain sebab: 1) mahal 2) takde sarung. Kalau nak basuh ke apa dah susah. Quilt comforter Asussino tu boleh basuh. Sarung boleh tanggal. Kalau takde sarung, dah kena beli fabric pulak untuk dibuat sarung. Korang macam mana? Suka beli yang memang dah siap sarung ke buat sarung sendiri? Kalau custome made tu memanglah best sebab boleh pilih fabric comel-comel. Tapi aku ni manalah reti nak buat sarung tilam dan bantal sendiri. Beli siap, senang. Hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...