25 Mar 2013

1 month young (28 days)

25hb lepas, waktu sekarang ni aku tengah melayan contractions kat rumah. Sakit dah mencengkam sampai ke pinggang pun aku masih tertanya-tanya "Eh betul ke nak beranak ni?" Haha. Aterrr, first timer kata kooo. Takde 'tanda' pulak tu, mana nak tau kan?

Today;

25th March, dah sebulan berlalu (28 hari je sebenarnya sebab February kekurangan hari). Sekejap sangat masa berlalu. Eh tapi part nak menunggu habis pantang tu rasa macam lama lagi je. Tak sabar nak buat aktiviti rutin; tawaf shopping complex, jalan-jalan cari makan, etc.

Bayi aku sangat well behave. Semoga berterusan jadi anak yang baiklah hendaknya. Amin. Sejak dari dalam perut lagi tak banyak ragam. Start 2 malam lepas baru bayi start susah nak tidur malam. Mendera emak dan bapak dia. Takpelah sekali-sekali. Before that sleeping pattern dia sangat OK, malam just bangun utk menyusu 3-4 kali. Petang yang dia banyak berjaga. Tak tahulah kot ni dia baru nak ubah waktu tidur. Bersiap sedialah menjadi zombie yang tidak kecukupan tidur. Malam tadi dia tidur nyenyak gila. Bangun 2 kali je untuk menyusu. Aku pakaikan bedung segera 'Gugu Swaddle' tu, syiok je tengok dia tidur. Berbaloi-baloi beli! Nanti aku buat review pasal bedung tu.

Perkembangan bayi? Pipi dah bulat. Mana tidak, menyusu kuat sekali. Dah pandai cari suara orang kalau panggil nama dia. Papa is his fav person. Kalau husband yang dukung elok je tak nangis and tepuk-tepuk sikit je pun boleh tidur. Kecik-kecik dah pandai memilih. Tssskkk.

Baby 1 month jab 27hb nanti. Kita tengok nanti hero kecik aku tu meraung kuat ke tidak sebab kat rumah jarang meraung. Tak berapa dengar suara dia menjerit. Ohh dan tak sabar nak tau berat bayi jugak. Naik berapa gram la agaknya?

Of emak baby;
Husband kata sekarang aku lagi kurus daripada before pregnant hari tu. Mak gumbira uols! Gila kau tak gumbira laki cakap camtu? KAH KAH KAH. Ni baru hari ke-28 pantang, another 12 days to go. Nampaknya cerah harapan #misisarungbajunikah akan tercapai :p

Happy 1 month young my dear baby, Muhammad Aiden!


P/S: Guna app blogger for iPhone ni aku tak tahu macam mana nak letak gambar kat tengah-tengah post -__-"







2 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

weeee! baby omellll sgt laaaa!!

aku biasa,lepas sebulan dua bersalin,badan slim giler...akan tetapi, setelah 3,4,5 bulan kemudian...masa baby makin kuat menyusu, masa tu aku melantak mcm org kebuluran....badan pun mcm kena pam..sobbsss!

Liyana said...

I tak sempat post about this topic (dlm draft aje) sbb masa tulis draf dlm pantang I slim, pakai bengkung pun disiplin aje. Lepas tu, senang sangat badan naik. Maka tinggal dlm draft aje lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...