7 Mar 2013

Kata orang...

Kata orang I:
Masa pregnant hari tu, banyak kali jugak aku dengar orang kata kalau mengandung senang, beranak susah. Begitu jugaklah sebaliknya, kalau mengandung susah, senang beranak. Senang waktu mengandung tu maksudnya tak banyak masalah eg: takde morning sickness, takde sakit, takde mengidam yang bukan-bukan, etc.

Aku cuak jugaklah bila ramai yang cakap camtu sebab masa aku pregnant, boleh dikategorikan sebagai 'senang'. Takde morning sickness until 31st week baru rasa pening-pening, loya dan mual. Tu pun tak lama dalam 2 minggu je kot. Masa awal pregnant je ada masalah low HB, tapi lepas jaga makan dan makan obimin HB jadi normal. Selain daripada tu takde masalah lain. High blood pressure or diabetes pun takde walaupun kalau ikut keturunan ada. Syukur Alhamdulillah.

Tapi aku percaya, sakit waktu mengandung dan sakit beranak ni rezeki masing-masing. Ada orang senang, ada yang susah. Sepanjang mengandung hari tu, aku doa mintak perjalanan dan pengalaman aku mengandung dan melahirkan dipermudahkan especially waktu nak bersalinlah. Aku memang berdoa sangat-sangat untuk bersalin normal bukan operation. Alhamdulillah diperkenankan. Kalau ikut pengalaman bersalin Jah Mon, memang semua 14 orang normal delivery. Tapi kakak-kakak aku ramai yang kena operate time beranak sulung. Kakak-kakak aku kata sebab kami adik-beradik spesies punggung leper tu yang susah nak beranak. Tssskkk Y___Y

Before ambik maternity leave hari tu, sempatlah berborak dengan officemate pasal pengalaman dia beranak. Dia kata bersalin ni memang sakit sangat-sangat tapi ingatlah sakit tu penghapus dosa. Lepas tu dia pesan, paling penting kena jaga kata-kata dan kelakuan dengan suami. Jangan lupa mintak ampun, mintak maaf dengan husband. Lepas husband baru emak dan ayah. Sejak daripada awal kahwin, aku amalkan sebelum tidur salam cium tangan husband mintak maaf. Setiap hari tapi kadang-kadang ada jugak missed kalau salah sorang tidur dulu hehe. Jangan bawak perasaan marah dalam tidur. So bila mintak maaf tu, ambik peluang tu untuk luahkan sekali kalau ada apa yang tak puas hati. Petua ni aku dapat waktu tengok rancangan Dr. Fadilah Kamsah, masa tu dia cakap pasal menjaga keharmonian rumahtangga.

Nampak macam remeh je kan petua ni? Tapi cubalah amalkan, InsyaAllah impaknya besar.


Kata orang II:
Minum air selusuh kalau nak bantu mudahkan proses bersalin. Kononnya, air selusuh ni boleh cepatkan contraction. Air selusuh yang aku tahu ialah air biasa yang dibacakan dengan ayat suci al-quran dan paling afdhal kalau suami yang tolong buatkan dan bacakan. Ada jugak yang kata air akar fatimah tu air selusuh. Baru-baru ni je aku baru tahu ada air selusuh instant yang dijual dikedai-kedai. Air selusuh yang ni kot yang doktor tak bagi minum dan dilarang sama sekali dibawa masuk dalam labor room. Sebabnya air selusuh instant ni mengandungi bahan kimia (tak tahu apa) yang boleh trigger contraction.

Kalau aku tak beranak hari Isnin 25 Feb 13 tu, aku dah suruh SIL tolong postkan akar fatimah untuk aku buat air selusuh. Konon nak minum masa due date andai kata tak beranak-beranak jugak haha. Tapi tak sempat dia nak pos, Isnin tu aku dah selamat bersalin. So idok lerr teman sempat menggunakan air selusuh akar fatimah. Maka, idok lerr teman ketahui jua adakah benar air akar fatimah semangnya betul boleh membantu proses bersalin.

Dalam labor room, aku hanya minum air zam-zam yang aku bawak dari rumah dan air mineral yang hospital provide. Sister siap tanya "Dik, awak ada minum air selusuh ke?" Bila aku jawab takde dia kata baguslah. Tak payah minum air selusuh ke apa kata sister tu.

Ni kesimpulan aku sendiri ye, macam kakak aku kata kalau kita percaya insyaAllah jadi. Dia bagitahu masa aku MMS gambar supplement Neuro Gain (kawan-kawan yang dah ada pengalaman mengandung kata bagus untuk develop otak baby) kat dia masa pregnant hari tu. Same goes to air selusuh, if you put faith on the air dan niat sebagai salah satu usaha untuk mudahkan bersalin, insyaAllah akan adalah kesannya. Kalau tak percaya, tak payah buat/amalkan. Orang yang tak percaya, jangan kondem orang yang bercaya pulak sebab itu hak masing-masing, OK?

Untuk kawan-kawan yang bakal jadi ibu,
Usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Amin.


3 comments:

Suzie said...

bab jgn melawan suami tu mmg ada benarnya,masa preggy kalo tak puas hati dgn husband mmg sebolehnya akak tak melawan n ikutkan aje

mmg rezeki kot akak jenis mudah bersalin,5 jam je dari turun tanda terus bersalin alhamdulillah

Umie Aisya said...

Ya jgn melawan suami tu mmg ada kwn2 i pesan sbb diorg dh kena.ssh nk bersalin sbb slalu gado ngn laki.i pn byk kali mintak ampun ngn husband i sblm bersalin.Alhamdulillah x susah i nk keluarkan Safiyya.
Air selusuh tu i minum instant punya yg cap anugerah. Abes 1 botol tu air ketuban pecah. Maybe ada benarnya.hihi.

aNiS tHe BumbleBee said...

aku makan ciken chop sblm bersalin.hahaha!

rejeki masing2 senang ke susah ye dop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...