21 Mar 2013

Post natal care: Tips menjagaan luka episotomy

Episotomy cut aku sikit je, kalau ikut anggaran kasar tak sampai 1cm kot. Masa mula-mula beranak hari tu memanglah kat tempat jahitan tu rasa ngilu especially masa berjalan tanpa pakai bengkung.

Perkara best adanya doktor dikalangan ahli keluarga ialah aku dapat banyak free tips dan tak perlu menggelebah tak tentu pasal contohnya masa baby naik ruam teruk kat muka seminggu lepas lahir. Aku dengan husband menggelebah jugak sebab ruam teruk kat muka baby hari tu. Pasal ruam, cerita lain kalilah.

Berbalik kepada tajuk, tips yang kakak aku bagi untuk cepat keringkan luka ialah kena rajin salin pad dan sapu ubat kuning kat tempat luka jahitan tu. Lepas sapu ubat kuning, alaskan dengan beberapa ketul kapas bulat so that luka tu tak basah kena darah nifas.

Then, kawan kat twitter (Hi Kak Suzie!) bagi 1 lagi tips iaitu sapu Solcoseryl Gel untuk tujuan yang sama; mempercepatkan luka episotomy kering. Gel ni boleh beli kat farmasi (sila rujuk gambar). Thanks Kak Suzie for the tips! :D

These 2 tips sangat-sangat berkesan pada aku. Hari ke-16 benang jahitan dah gugur (tak tahu nak guna istilah apa kah kah) dan so far dah hari ke-23, luka dah sembuh sepenuhnya. Kalau aku guna gel tu lebih awal rasanya lebih cepat baik kot? Hehe. Walaupun sekarang luka dah OK aku still sapu solcoseryl gel tu. Banyak lagi dalam tube, kalau tak guna rugi pulak :P

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada korang. Sharing is sexy. Kehhh.

3 comments:

Suzie said...

welcome!akak dulu dlm 1 week dah baik luka jahitan n bila midwife check semua ok no problem dah kering luka episotomy

benda berkesan perlu dikongsi :)

cc said...

Suzie,
Haaaa tula. Saya baru pakai gel ni 1 week plus, mmg cepat je kering n now mmg dah baik luka tu. pegang pun dah xde rasa hehe

cha said...

el ni boleh guna untuk luka lain tak u?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...