6 Mar 2013

The birth story of my little hero

Beranak adalah sakit gilaaaaaa, no words can describe :')

Hahahaha cam kejam pulak opening buat statement gitu. Kang takut plak mommy-to-be. Amponnn :p

Isnin, 14 Rabiulakhir | 25 Februari 2013

10:00am
Tengah ngadap Academy Award, tiba-tiba start rasa intense contractions datang selang 5 minit sekali. Aku layankan je contractions sebab malam sebelum tu pun ada rasa contractions jugak tapi medium je. False alarm sebab bila nak tidur hilang sakit. So ingatkan yang pagi tu pun false alarm jugak.

11:00am
Contractions masih selang 5 minit sekali. Tapi dah sejam tak hilang-hilang jugak. Around 11:30am MIL kata maybe betul tanda nak beranak so dia suruh aku mandi dan bersiap. Masa ni aku baru nak breakfast, lapar gila dari pagi tak makan. Tapi bila dah sakit sangat tu aku dah tak lalu nak makan. Hlang selera.

12:00pm
Call husband bagitahu contractions aku dah kerap. Dia tanya nak pergi hospital tak? Aku suruh tunggu sampai 12:30pm. Dah sakit lagi mahu tunggu hahaha. Tak sempat tunggu 12:30, aku call husband semula suruh dia balik. Masa ni contractions dah selang 2-3 minit sekali. Sakit contractions dah membawa sampai ke pinggang. Masa ni memang dah tak senang duduk. Istighfar dah tak putus masa ni nak bagi kurang sakit. Sementara tunggu husband balik, aku sempat bancuh instant brown rice drink dengan makan energy bar untuk alas perut. Takut kang nak push takde tenaga. Around 12:45pm husband sampai rumah, gitu gini kemas apa yang patut terus gerak ke hospital.

1:00pm
Masa dalam kereta aku call Jah Mon, inform dia aku OTW ke hospital. Mintak dia doakan supaya urusan bersalin aku dipermudahkan. Dah mintak maaf siap-siap dengan Jah Mon, awal beberapa hari sebelum hari nak beranak tu. Siap cakap kat dia suruh doakan aku cepat beranak sebab tinggal berapa hari je before EDD (mine was on 27th Feb). Aku takut kena induce :p

1:30pm
Sampai hospital masuk bilik saringan. Nurse baca heart beat baby. Masih OK. Dia suruh aku tunggu kat luar (tempat menunggu kat luar bilik saringan), sebab katil penuh. Nurse cakap "Puan tunggu kat luar dulu, nanti kalau ada rasa nak terberak puan bagitahu ye?". Sementara tunggu kat luar tu, husband sempat turun ke cafe belikan aku lunch. Duduk tak sampai pun 10 minit and baru nak suap bubur yang husband belikan, tiba-tiba aku rasa sakit perut macam nak terberak. Terus husband ke kaunter bagitahu nurse. Masuk balik bilik saringan then MO buat VE. First time kena VE tak sakit pun maybe sebab doc perempuan tangan dia kecik kot? Hehe. Then MO kata opening dah 6cm. Dia pecahkan air ketuban.

2:30pm
Terus MO suruh prepare ke labor room. Tak sempat masuk ward terus masuk labor room. Tak merasa pakai baju pink. Kain merah hospital tu je sempat pakai. Daripada bilik saringan ke labor room duduk kat wheelchair. Ni pun first time jugak haha. Aku tunggu dalam labor room sementara husband register. Masuk je labor room aku terus bagitahu kat nurse in charge "Saya nak MO yang assist labor nanti".

3:30pm
Sepanjang sejam terbaring atas katil sambil melayan contractions tu, ramai nurse keluar masuk and ada 2 orang nurse pelatih datang jenguk. Aku dengan kekwatnya terus bagitahu kat nurse yang temankan aku dalam labor room "Nanti masa nak labor saya tak nak ada nurse pelatih, rimas ramai-ramai". Gittew! Then ada sekali tu aku cakap nak terberak, MO datang buat VE, baru 7cm. Adoiii aku frust gila sebab sejam baru bukak another 1cm. Tapi normal kan dorang kira 1 jam 1cm. Kalau ikut nurse yang jaga aku tu, dia kata pukul 6-7pm kot baru aku bersalin. Lagilah aku frust. Rasa macam alaaaa lamanya lagi. Ada sekali tu contraction datang, sakit gila sampaikan aku mintak epidural kat nurse. Masa ni tengah sakit gila, ah lantak la aku dah tak tahan aku nak ubat. Kakakakaka...

4:00pm
Contractions dah menggila masa ni. Selang tak sampai 1 minit, tengah-tengah istighfar sempat jugak aku mengadu kat husband kata sakit sangat. Nurse yang jaga aku tu tolong bagi back massage sambil suruh aku sabar banyak-banyak. Time ni specialist tengah round dengan MO, then specialist bagitahu kalau nak epidural maybe tak sempat nak datangkan kesan memandangkan opening aku already 7-8cm. Pasrah jelah aku bila dah specialist cakap camtu. Time tengah ramai-ramai dalam labor room tula aku jerit "Nurse saya rasa nak terberak sangat dah ni" lepas tu aku meneran. Dalam labor room masa tu ada sorang specialist, MO 4 orang (termasuk yang assist aku labor), HO sorang, sorang sister dan 3 orang nurse kot. Then MO buat VE, dah 9cm. Contraction datang lagi sekali, dia buat VE then inform dah fully dilated. Terus prepare untuk labor. Tapi dia bagitahu kena assist dengan vacuum sebab CTG machine tak dapat nak baca heartbeat baby mana taknya, time tengah contractions tu aku dok beralih kejap mengiring, kejap terlentang. Abdomen pulak jenis tebal lagilah...hahahah. So terpaksalah vacuum atas alasan fetal distress. Aku meneran panjang 2 kali (yang second tu bila doc suruh teran aku siap boleh cakap "No. I'm not ready" haha. Yelah sebab contraction belum datang kalau teran buang tenaga). Aku kumpul tenaga balik, breathing then bila contraction datang je aku teran sekuat hati (without keluar suara). Husband pegang tangan and usap ubun-ubun sambil tak putus-putus bagi support. Alhamdulillah pukul 4:20pm selamatlah keluar hero kecik kami. Masa ni rasa lega yang teramat sangat. Alhamdulillah tak putus-putus lepas nampak baby. Iskkk, tak boleh nak describe perasaan masa first time tengok baby. Rasa macam tak percaya pun ada.

Aku selalu dengar orang kata kalau baby dah keluar hilang semua sakit. Pada aku itu semua adalah dusta. Hahahaahha. Sakit tetap ada cuma legalah sebab baby dah keluar. Sakit kena jahit lepas beranak tu tsskkkk. Ohh ye, aku kena episotomy jugak. Perineal massage aku salah kaedah agaknya. Kahkahkah.

Nevertheless, syukur Alhamdulillah urusan bersalin dipermudahkan. Takdelah lama sangat dalam labor room. Baby keluar sihat wal'afiat. Aku pun takde masalah sampingan. Kakak aku yang paed tu siap cakap "Kau ni memang keturunan mak betul sebab senang beranak" haha.

OK tamat cerita bersalin. Lepas-lepas ni semedang cerita pasal anak pulak. Kihkihkih...



Bayi ketika berusia 7 hari. Dah pandai demand tak mahu bedung time tidur especially siang. Mommy pun tak sampai hati nak bedung sebab cuaca panas terik.


- Posted using BlogPress from my iPad

11 comments:

cha said...

Ngerinya dengar. Siang td pun dgr officemate i yg br habis pantang 3 bulan cite psl pengalaman dia. Ngeri tp nak anak :(. Comel sgttr

Cik Puan Tqah said...

hoho.. wat parenial pon still kene jahit ehh.. risaunyeee.... dush2.. kalau x tahan sakit mau cengkam tgn hubby kuat2..hahahhaa.. btw congrats..comel sgt..da follow gmbr hero comel ni kt instagram.hihihihi

Umie Aisya said...

U mmg kuat!hehe.yg buat sakitnye contraction.mmg x cukup napas.apa2 pun tahniah cc!

Has said...

mmg sakittt beranak ni.. sbb tu anak akak 2 je :)

mrs.ecam said...

tahniah cc...dh jadik mak ko yekk....mcm br jek lg bce kesah wedd ko...pape pong sume dh slmt...slmt berpantang yek...pantang btol2...jgn skip2...hekhek.....rindu bau baby...heeeeee

wawan said...

Kan?? Dulu masa sy lepas bersalin pun nurse ckp mcm tu jugak, dia kata "Semua orang ingat lepas bersalin hilang sakit, tapi sebenarnya tak" Hahaha rasa nak lempang muka dia pun ada jugak masa tu. tapi redhaaa je laaa

nqr said...

hahahaha. giler jahat kau punya entry ni. bgtau beranak sakit. tergelak kejap aku baca. comel sangat anak kau babe. welcome to a new world!

Suzie said...

hi aiden,kiss from aunty suzie

aNiS tHe BumbleBee said...

congrats weiii!!!!

sakit beranak adalah sedap apa.hahahaha!

baby adelah shomelllll sangattt!

Yantie Azan said...

haha..sakit tapi takkan serik punya..;p
tahniah babe..kalau dah balik jb boleh la kami anak beranak keroyok baby..hehe

BAIZURA NATASHA said...

Tahniah cc. Ank kte selang seminggu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...