4 Jul 2013

Anything for you, anak

Post ini aku taip pada 21 Mei 2013, sebelum ke d.p.a lagi. Enjoy reading (pffttt) and I will update my BF journey selepas kursus d.p.a aku bermula LATER.

FYI, susu badan aku hanya keluar hari ke-4. Itu pun tak banyak. So before tu TERPAKSA bagi formula milk sebab takut kalau tak bagi susu bacaan jaundice anakanda tinggi. Aku suami isteri darah jenis O+. Anakanda keluar vacuum pulak tu, memang tinggi possibility untuk kena jaundice (info ini diberitahu oleh kakak). Ternyata benar. Masa susu belum ada tu, aku suakan je nenen kat anakanda untuk stimulate susu. Kesian tengok dia beriya-iya hisap tapi tak dapat apa. Bila penat hisap, tapi masih haus meraunglah anakanda. Huhu. Masa tu aku cakap kat anakanda "Nanti bila susu mommy dah keluar, mommy janji tak akan bagi Aiden formula milk lagi ya. Doakan ada rezeki mommy nak fully breastfeed awak ok?"


Alhamdulillah lepas susu start ada, rezeki anakanda memang tak pernah putus. Aku decide untuk fully breastfeed anak sejak pregnant lagi sebab aku sendiri fully bf masa baby dulu. Masa- awal-awal tu susu taklah meriah sangat, tapi sebab anakanda jenis peminum susu tegar makanya makin lama makin banyak susu terhasil. And knowing that aku kemungkinan besar akan dipanggil untuk training 6 bulan, slowly aku buat EBM stock. Aku start buat pun lambat, lepas sebulan baru pump. Nak buat stock dan menyusukan bayi kuat menyusu adalah cabaran yerr. Ada masa tak boleh nak pump langsung sebab everytime tengah pump je anakanda terjaga dari tidur. Nak tak nak terpaksa buat tandem nursing. Sehari dapat max 2 botol je. Tu pun kena campur hasil daripada setiap sesi pumping.

Sesungguhnya pengetahuan aku tentang EBM sangatlah cetek. Masa nak start buat stock tula terhegeh-hegeh tanya kat kawan-kawan yang dah ada pengalaman. Thanks to whatsup and facebook! Kawan-kawan sangat mudah untuk dihubungi. Hehe. Paling banyak tanya kat seorang kawan yang fully breastfeed anak dia sampai sekarang dah masuk 8 bulan (hai kakak! Kalau masih baca blog ni hehe). Aku tanya macam-macam petua, tips dan soalan noob. Alhamdulillah dapat kawan tak lokek ilmu :)

Lepas knowledge sharing tulah bermulanya fasa aku paksa diri mengepam walaupun time tu tengah malas or mengantuk gila. Bayangkan sanggup bangun pukul 3-4 pagi untuk pam. Aku memang kena bekerja keras untuk buat EBM sebab bila start training nanti kemungkinan besar weekend je dapat balik. So, kena prepare stock untuk seminggu. Siang dan malam punya stock minum ya sebab makan tidur semua kat tempat training.  Aku punya KPI kena get ready AT LEAST 50 bottles of EBM. Perlu ditekankan lagi sekali, anakanda adalah peminum susu tegar.

Cabaran nak memenuhi KPI sendiri tu 1 hal, cabaran daripada manusia lain pun 1 hal. Ramai je manusia yang terlebih concern melebih-lebih daripada aku ibu kepada si bayi. Takut anakanda tak cukup susu la apa la. Takkanlah aku nak tinggalkan anakanda dalam keadaan susu tak cukup kan? Pffttt. Tolonglah bagi support bukan meleceh-lecehkan usaha aku ni. Mujurlah dapat suami yang faham niat aku nak fully BF anak.


SOALAN:
Kalau kes aku yang dah beri anak FM 3 hari awal kelahiran dia, tapi selepas tu bagi breast milk (ONLY!) adakah aku masih dikira sebagai fully breastfeed atau aku dah salah konsep? Jawapan jujur please :)

5 comments:

Suzie said...

tak penting la fully bf or exclusive bf tu hanya gelaran,yg penting sampai skrg ada rezeki utk aiden minum susu ibu n try la selama mana yg boleh

yg dah bg fm pun mungkin ada sebab2nya n bg akak if tunjuk hasil ebm bkn sbb riak tp hasil usaha kita utk membuat stok sebenarnya bkn la semudah yg disangka

keep on bf aiden n jgn patah semangat...geram tgk baby chubby ni..hehe..

Aida Narina said...

thank u so much for this entry. entry pembakar semangat la ni sbb i pn nak fully bf insha Allah jika ada rezeki. Tapi mmg awal2 tu susah susu nak klr ye babe. Another of my concern jugak is bcos i pun in the O+ blood group. Risau juga..

Cik Puan Tqah said...

cik chelsea hebat..adore u..nnt i nk pinjam smgt u utk bf baby gakk

cc said...

kak suzie,
yes title mmg tak penting, asalkan kita tahu niat sendiri mcm mana. saya rasa org yg rasa tunjuk ebm stock tu riak/berlagak hanya org yg fikir negatif. tak boleh nak tgk something tu in a good way.


aida,
i ada tanya lactation expert, dia kata awal2 perut baby sgt kecik n if colestrum blm keluar pun xpe. bg je baby latch utk stimulate milk. if baby nanges, blhh jd byk sbb bukan sbb lapar je. u jgn buat silap mcm i k? nanti i tepek our conv tu


tqah,
insyaAllah u pun boleh buat. yg penting usaha sungguh2 n istiqamah

whiteapple said...

Good luck on ur spirit of BF.
Saya pun semangat nk FB gak nnti ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...