26 Jul 2013

Of breastfeeding journey: positive vs negative mindset

Aku memang tak expect cabaran untuk breastfeeding anak ni sangatlah besar. Sungguh. Lebih-lebih lagi bila berjauhan dengan anak. Ada pernah sekali masa seawal 2-3 minggu kursus berlangsung, aku terlalu hampir sangat nak give up. Tapi mengenangkan aku dah berjanji kat anakanda yang aku akan berusaha sedaya upaya untuk breastfeed dia, timbul pulak rasa berdosa.

Nak breastfeed anak ni, benda paling penting adalah positive mindset. Positive mindset membawa kepada mood yang gembira. Mood yang gembira membawa kepada produktiviti susu yang lebih banyak Nampak tidak kaitannya? Sesungguhnya produktiviti susu tiada kaitan dengan jenis pump yang digunakan.

Breast pump is just a tool.

Breast pump ni murah ke mahal ke kalau diri sendiri tak istiqamah mengepam, janganlah berangan nak mengharapkan hasil yang lumayan. Masa awal-awal aku nak buat stok dulu, ingat boleh terus dapat 8-9 oz ke? Tak dapattttt derrr. Kena campur hasil beberapa sesi nak bagi cukup sebotol. Bila dah konsisten mengepam, nampaklah perubahan daripada hasil setiap sesi. Slowly meningkat sampai ke tahap 1x sesi boleh dapat 8-9 oz. Mostly kalau tanya mak-mak yang guna double pumping ni, nak bagi jimat masa je. Ni cerita pasal kawan sekursus aku. Anak dia umur hampir 10 bulan. Pump yang dia gunakan Medela Swing + Harmony. Setiap kali mengepam, sebelah pakai Swing, sebelah pakai Harmony (manual). Gigih ok dia mengepam kiri kanan camtu dengan sebelah tangan pam manual. 30mins session, berapa hasil dia dapat? 12-13 oz. Aku pakai Freestyle pun tak boleh dapat sebanyak tu.

Usaha & istiqamah.

Paling banyak hasil aku sekali mengepam 8-9 oz, tak pernah dapat sampai 18 juta oz (pffttt). Sejak daripada dalam pantang pun memang camtu jelah. Aku jenis slow flow. Nak dapat hasil banyak tu pun kena bersabarrrrr. Lepas balik daripada outdoor activity hampir 2 bulan lepas memberikan kesan yang cukup menyeksakan aku. Milk production down gila. Sekali pump dapat 2 oz je lepas je habis outdoor module dulu. Anak pulak dapat jumpa on weekends je, tak boleh nak membantu stimulate melalui direct feeding. Adakah itu alasan untuk aku give up? NO. Lagi menguatkan semangat untuk aku berusaha dengan lebih gigih adalah. Aku bukan manusia jenis cepat mengalah sebab aku tak nak kerana kemalasan dan alasan diri sendiri, aku akan menyesal kemudian hari. Kalau kegigihan aku ni boleh dizahirkan dengan wang ringgit, aku dah mampu beli Honda City untuk hari raya ni tahu tak? (perumpamaan tak boleh blah mentang-mentang Honda City tengah ada rebate RM8k sempena raya ni)

Apakah salah tayang hasil EBM?

Aku tak pernah pun sesekali jeles kalau ada orang upload gambar hasil projek tenusu kalau orang tu dapat sampai 18 juta oz sekalipun. Tu rezeki dia, rezeki anak dia. Rezeki kita walaupun tak banyak, insyaAllah cukup untuk anak kita. Kena sentiasa percaya tu! Kalau mindset kita ni negative, pusing ikut mana sekalipun tetaplah tengok sesuatu tu daripada sudut negatif. Kalau tengok hasil orang meriah, cubalah fikir "Kalau dia boleh dapat sebanyak tu, kenapa tidak aku?". Lepas tu janganlah tahu nak komplen je, pertingkatkan usaha. Takde usaha, takde hasil. Simple as that. Mungkin ada orang yang tak suka tayang hasil EBM, tak tahulah melanggar prinsip diri sendiri ke apa ke. Just respect orang lain yang takde masalah dengan isu tu. Just because awak sorang tak suka, maka orang lain tak boleh buat (pengajaran daripada pengalaman sendiri hua hua hua). Please RESPECT pendirian orang lain, OK?

Milkbooster supplement.

Dah 2 bulan aku amik Shaklee. Apakah kesan pengambilan Shaklee terhadap produktiviti susu aku? TIADA. Yes, you heard me right. Tapi kenapa aku still consume Shaklee? Mainly sebagai supplement diri sendiri. Aktiviti aku kat kursus ni sangat pack. Ada masa dapat tidur 2-3 jam je. So, lepas amik supplement ni rasa lain, tak penat sangat. Shaklee ESP yang aku minum tu memang memekatkan susu. Kalau makan so called milkbooster supplement beratus biji setiap hari sekalipun, kalau tak konsisten mengepam memang takde la hasil. Konsep milk production ni senang je, demand selari dengan supply; lagi banyak demand, lagi banyak supply.

:: Hasil 1x pump session. Sebelum pergi outdoor module ::

:: Hasil 2x pump session. Currently ::

Nampak tak perbezaannya? Aku mengalami shortage around 3 oz per session. Tipulah kalau aku kata aku tak rindu masa susu meriah dulu :'). Tapi aku anggap ini dugaan. Alhamdulillah daripada dapat hanya 2 oz per session, slowly naik kepada 4-6 oz per session sekarang ni. Power pumping setiap hari, dah almost 2 bulan aku buat power pumping (balik outdoor terus buat). Muka melekap kat atas meja waktu mengepam di Subuh hari adalah perkara biasa x_x

Bertanya dan belajar.

Untuk first time mom macam aku ni, ilmu pasal penyusuan sangatlah cetek. Tapi itu bukannya alasan untuk tidak berjaya nak menyusukan anak. Aku banyak bertanya pada seorang kawan (ibu susuan anak aku), soalan bodoh pun aku tanya. Takde alasan malu kalau nak belajar. Terima kasih yang tak terhingga jugak untuk dia sebab banyak sangat beri aku sokongan dan dorongan untuk aku terus berusaha menyusukan Aiden. Macam-macam tips yang dia share, doa dan zikir untuk banyakkan susu, amalan permakanan, etc. Bodoh boleh belajar tapi kalau bodoh sombong? Tak dapatlah nak tolong.


P/S: Bahasa dalam entry macam garang, aku tengah kalut sebab esok ada exam. Apa pun tak study lagi, instead I choose to update my blog. Kakakakaka.

P/S/S: Exam dasar awam, macam mana nak goreng oii T____T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...