27 Aug 2013

Aidilfitri 2013: Tahun lepas 2.5, tahun ni 3

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


...yang terlambat setengah bulan daripada kami sekeluarga. Kah kah kah. Cuti 2 minggu daripada course memang takdelah nak update blog bagai. Walaupun most of the time smartphone kat tangan, boleh je nak update blog tapi malas. Ya, alasan disitu adalah MALAS. Balik rumah tak puas tenung anak. Rasa cepatnya masa berlalu, asal balik je dah makin besar :')

:: ketiduran selepas ditouch up oleh emak which is good sebab mak pulak nak bersiap siaga ::

Raya tahun ni kat kampung aku. Memang excited sangatlah sebab macam lagi meriah bila ada anak. Preparation anak mengalahkan mak bapak, of course. Seronok tolong kutipkan duit raya untuk anak juga something yang menyeronokkan. Lol! Tapi disebabkan husband aku tak sambung cuti selepas Ahad raya ke-4 tu, so tak dapat berjalan-jalan sangatlah. Plus, aku pun cuti seminggu je raya. Lepas seminggu, balik semua ke alam realiti sambung course yang masih berbaki setengah. *stress*

:: mualaf Jepun ::

Beriya cari kopiah si kenit ni tapi tak pakai pun 1st raya hari tu sebab emaknya lebih gemarkan fesyen rambut pacak untuk anakanda. Kopiah simpan dan kita pakaikan untuk tujuan membuli budak sajorkkk. Contoh seperti gambar diatas, model yang terpaksa pasrah diperlakukan sedemikian :D


P/S: Update blog ikut mood. Bila roh datang, update bertubi-tubi. Bila roh tak datang, ditinggalkanlah blog ini terkontang-kanting tanpa arah tujuan. Mini blog adalah di instagram @cikchelsea. Jumpa di sana!

1 comment:

swit@kon said...

baju raya kaler sama!!! dan aiden adalah super chomels. babe, how are you kat sana? dpa ok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...