26 Aug 2013

Of breasfeeding: Pemerah susu tegar

Disclaimer: Tiada niat untuk berlagak, hanyalah sebuah catatan perjalanan menyusukan anakanda tercinta yang diharap dapat sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada ibu lain.


Hati mak mana yang tak gembira kalau setiap kali pump susu, hasil dapat sebanyak ni? Pastilah gembira sebab usaha membuahkan hasil. Tapi aku ni jenis slow flow, kena pump dengan sabar baru boleh dapat banyak ni. Ada jenis orang fast flow, pump 15 minit dah dapat penuh sebotol kanan dan kiri. Slow flow sikit pun tak patahkan semangat aku untuk terus mengepam. Makin bertambah gigih sebab nak capai KPI sendiri adalah. Ada jugak yang kata aku jenis banyak susu, oh boyyy if only they knew how hard I push myself. Jerit perih sendiri je yang tahu.

Aku tak boleh culas sebab kalau skip sesi mengepam, nescaya akan berlakulah shortage pada stock. Plus aku sendiri dah berjanji pada anakanda untuk beri susu sendiri pada dia, aku tak nak disebabkan kemalasan dan alasan yang aku cipta sendiri, aku akan menyesal dikemudiann hari. Itu salah satu benda yang menjadi pembakar semangat aku untuk istiqamah mengepam masa kursus. Sambil mengepam sambil tengok gambar, video anakanda. Cium baju yang ada bau anakanda. Sampaikan alarm untuk pumping sesi pagi pun aku rename letak nama anakanda. Terpaksa buat macam ni sebab nak lawan perasaan malas dan mengantuk. Bukan senang tahu? Tapi bukan alasan.


Rezeki takkan datang bergolek. Malas takde ubat. Malas kena lawan bukan jadikan alasan. Even kawan-kawan sekursus yang BF anak pun kata aku sangat gigih sebab sanggup bangun awal pagi dan tidur lambat sebab mengepam. Even rakan sekursus yang lelaki pun dah hafal sangat dengan muka aku, keluar masuk masa kelas berlangsung sebab mengepam. Kalau ada PT pagi pukul 6:00am hari Selasa dan Khamis, aku akan bangun pada pukul 4:50am untuk mengepam kemudian bersiap ke PT pagi. Tersengguk-sengguk dan terlelap ketika mengepam itu biasa X_X


Aku tinggalkan 60+ bottles EBM stock masa nak pergi kursus hari tu dengan harapan cukup untuk stock per week. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Tak sangka kena pergi modul luar 2 minggu back to back. Shortage telah berlaku diwaktu itu dan tahap stress nak menghadapinya, tak terluah. Tapi Alhamdulillah ada tempat nak mengadu.


Ini pulak hasil sekarang. Tapi bukan 1 sesi ya, 2 1/2 sesi. Production down tapi Alhamdulillah masih mencukupi untuk anakanda. Ni dia dah start makan semoga tidak rakus menyusu seperti sebelum makan. Bolehlah stock bertahan lama sikit. Selagi aku mampu berusaha untuk breastfeed, insyaAllah aku akan teruskan. Putus asa bukan sebahagian daripada diri aku.

Breastfeed anak, tak kiralah direct bf ke thru botol ke bukan mudah. Aku rasa sebab tu Allah berikan pahala yang sangat besar dan darjat yang tinggi untuk ibu-ibu yang menyusukan anak seperti mana yang disyariatkan sampai 2 tahun. Tapi aku takde masalah dengan orang yang campur susu ke apa ke sebab tu hak masing-masing. You know what best for your own kids. 

Yang fully breastfeed anak, jangan judge mak-mak yang campur susu. Jangan gila title (kalau ada :p)

tapi,

at the same time...

Yang campur susu kat anak, jangan sesekali perlekehkan usaha mak-mak yang fully breastfeed anak. Usaha yang dorang buat tu tak semudah mata yang melihat.

Hormati hak masing-masing. Kalau tak boleh tahan kena fire, jangan start provoke orang lain. Kata lainnya, kalau kau boleh lazerkan orang, jangan meroyan kalau kena lazer balik. Heh heh.

Aku gembira sebab bila aku upload gambar ebm ni kat instagram, ada beberapa orang kawan yang kata menaikkan semangat depa untuk breastfeed. Alhamdulillah. Bertukar-tukar ilmu, makin lama ilmu tu makin berkembang. Nawaitu kan aje yang baik-baik, semoga Allah balas dengan kebaikan juga. Kalau ada yang tak suka, let it be. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. 


3 months 11 days to finish this %$&*K@ course. Semoga kegigihan bersamaku sehingga ke penghujung nanti. Amin.

2 comments:

whiteapple said...

usaha yg sgt gigih, dpa adalah satu cabaran, pump susu lagi...kasih seorang ibu, ur son will be proud of his mom one day...., bertahan ckit lagi nak completed the course sis....Good Luck n take care :-)

Cik Puan Tqah said...

salutee.. tqah xrjn ngepam ms pntg..sbb byk df.. br kumpul 50oz..huhu.. 2 minggu lg nak masuk keje..hope mampu nk hasilkan banyak.. 2 belah plg byk 5oz je.. huhuhu.. slalu pum dpt 2oz je.. gud luck.. nk gigih jugak ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...