26 Dec 2013

Aku. Selepas bergelar emak.



Aku rasa aku banyak berubah. Entah kot betul ke tak, nanti aku tanya husband aku berubah ke tak lepas jadi emak. Jangan dia bergurau kasar jawab perubahan tentang bentuk badan sudah. Jawapan yang tu memang boleh mengundanggggg...*bertenang, bertenang*

Sejak jadi seorang emak kepada seorang bayi ni, aku rasa aku banyak hold back my actions dan words tentang sesuatu. Aku fikir lama dan banyak-banyak sebelum nak keluarkan apa-apa statement. Dah jadi emak, kena matang lebih :P

Bukan tu je, ramai yang cakap (especially orang-orang tua) kalau kita cakap pasal something, kadang kala benda tu bukannya kena kat kita balik. Boleh jadi kena kat anak atau suami atau keluarga atau kawan-kawan terdekat. 'Kena' apa tu bergantung kepada statement kita tu la. Kalau benda tak elok yang kita cakap, tak eloklah yang datang balik. Gitulah lebih kurang.

Kata-kata tu sejenis doa jugak. Kan?

Perbandingan ni aku buat bila 'tengok' diri aku sekarang dan diri aku yang dulu. Biasalah, pengalaman dan usia kan mematangkan fikiran. Jangan jadi umur je banyak tapi perangai tak jugak berubah. Suatu kerugian.


Faktor ini jugaklah yang menguatkan keazaman aku untuk quit dan pencen daripada twitter. Dah lama jugaklah, awal-awal aku start d.p.a course. Selain daripada takde MASA, aku jugak tak KUASA dah nak 'tengok' drama-drama pelbagai genre kat situ. Mengundang stress yang tidak diperlukan. Stress adalah tidak bagus untuk milk production. Fakta ni, fakta.

Status kat FB pun aku jarang update. Lebih gemar membaca dan menganalisa status orang. Silent reader. Kurang juga meninggalkan komen. Status sendiri pun tak usik manusia/haiwan lain. Status pasal diri sendiri je. Zaman sinis dah lama berlalu. Tak mahu ulang kalau boleh. Bukan apa, melalui sindiran/perlian ni secara tak lansung orang akan salah faham. Daripada salah faham, akan mengundang sakit hati. Not good, kan?


Kalau dulu ada orang pernah cakap (doa?) kan aku pasal nasib aku beranak; entah mudah entah payah, nasib sifat anak yang aku kandung; entah sempurna entah istimewa, perlu ke aku balas semua yang dia cakap tu dengan kata-kata yang kurang baik juga?

Macam yang aku kata tadi, setiap apa yang kita tutur/ucap kan pasti akan ada kesannya. Aku belajar melalui pengalaman dan daripada pengalaman-pengalaman itulah yang mendewasakan aku (ceyyy ayat tak boleh blah).


Bak kata Tegar, aku yang dulu bukanlah yang sekarang :P

Sekianlah entry tiada motif. Bosan hari ni roomate pergi site, terkapai-kapai aku keseorangan dalam office tanpa teman berbicara. Puiii :P


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...