3 Jan 2014

2013. A throwback.

Banyak kenangan dan peristiwa penting yang berlaku dalam tahun 2013.
Beberapa peristiwa yang aku rasa penting dan bermakna untuk dikenang.

 
 25 Februari 2013
Lahirnya Aidenoshi ke dunia. 
Masih segar bugar lagi memori tu. 
Seriau beranak belum hilang sampai sekarang.
Rasa tak percaya boleh beranak dengan jayanya :p

Syukur Alhamdulillah.
Cahayamata sememangnya harta dan nikmat yang tak terhingga dalam hidup.
Lahirnya Aiden, banyak mengubah perangai aku dan husband.
Nak buat apa-apa, ke mana-mana mesti ingat anak dulu.


 4 April 2013
Birthday husband yang ke-28. 
Hari pantang ke-40.
Aku keluar celebrate birthday boy kat TGI Friday.
Siap order garlic lamb ke apa entah nama menu tu.
Sedap woo :p
Siapa kata orang berpantang tak boleh makan sedap-sedap?
Silap besar OK!

Tu gambar memang takde edit ya.
Masa dalam pantang tu memang agak slim.
Berat pun, kurang daripada masa kahwin.
The power of breastfeeding.

SEKARANG???
Jangan berani tanya, pasti akan aku amukan.
Ha ha.

 
26 Mei 2013
Pendaftaran d.p.a course.
Beratnya hati nak tinggalkan anak yang baru genap 3 bulan masa tu, Allah je yang tahu.
Tinggalkan Aidenoshi kat rumah pengasuh, husband hantar aku ke kampus.
Dalam kereta asyik teringat anak, rasa nak nanges tapi tahannnn.

Gambar atas tu masa modul kebombaan.
Minggu ke-3 d.p.a
Boots berat gila.
Seret je bila jalan punyalah malas nak angkat kaki.
Lol!

Yang kena pakai HAZMAT (hazardous material) suit (dalam gambar) lagilah seksa.
Kena jemur bawah matahari sambil buat PT10.
Panas gila woi, mengalahkan sauna.
Tercungap-cungap sampai belakan oksigen nak habis.


8 Ogos 2013
Pertama kali Aidilfitri, bertiga.
Preparation raya untuk anak yang melebih-lebih.
Masa tu Aidenoshi 5 months plus, pakaikan jugak baju melayu.
Gigih, siap belikan sampin bagai.
Al-maklum, excited.
Mujurlah pakcik tu sporting, tak meragam bila maknya sarungkan macam-macam.

30 November 2013
Husband's convocation.
Setahun menunggu majlis konvo.
Ada hikmah jugak buat hujung tahun, aku boleh ikut sebab modul wajib dalam course dah habis.
Kalau tidak, tak dapatlah aku ikut.

8 Disember 2013
Family vacation to Langkawi.
Tak sedar diri kaedahnya kena lapor diri.
Aku boleh pulak bercuti sakan lepas habis course.
Hewhewhew.

9 Disember 2013
Birthday diri sendiri yang ke-28.
Celebrate birthday dengan lelaki-lelaki kesayangan kat Langkawi.

Belanja diri sendiri fish spa.
First time try, geli nok!
Tapi lepas dah siap, rasa licin je kaki aku.
Terima kasihlah ikan-ikan kerana sudi makan sel-sel kulit mati kat kaki aku tu.
Lol!

16 Disember 2013
Report duty kat office baru.
Alhamdulillah, rezeki untuk bersama family masih ada.
So, lepas report duty kat HQ dapatlah penempatan ke JB.


The ULTIMATE highlight of 2013, sudah tentulah hadirnya Aidenoshi dalam hidup kami suami isteri.
Semoga 2014 akan memberikan lebih banyak kenangan indah dan rezeki buat kami sekeluarga.
Untuk anda juga :)

3 comments:

Siti said...

memang confirm i saw u masa kat konvo uum aritu. nampak aiden dulu, then baru perasan u.. tapi x tegur la sebab seganla kononnye..hehe

cc said...

Siti,
Laaa awat tak tegur? kalau tidak, boleh bersembang...ada member nak berborak drpd dok melangut sorang2 :D

Siti said...

haha i was trying to find u on twitter/IG kononnye nak say hi dalam tu before face to face.. but sadly macam xjumpa ur ID pun on both...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...