5 Feb 2014

Cuti-cuti Langkawi: Day 1

Bercuti sempena habis dpa dan celebrate birthday ke-28 (mengikut kalender georgian).
Percutian bajet yang dah lama dirancang.
Sampai kena marah dengan officer sebab lambat report duty walaupun cuti dah lama apply.
T____T

Why Langkawi?
Layankan husband sebab dia tak pernah lagi sampai sini.
Aku on the other hand, dah 3 kali ke Langkawi sebelum ni.
Tapi excited jugak sebab this time travel dengan husband and baby :D


1st day
JHB-KUL-LGK by MAS
Sejak ada anak ni malas nak naik Air Asia sebab kena jalan jauh.
Selagi harga tiket tak jauh beza, MAS-lah pilihan hati.
Flight daripada JB ke KLIA pukul 7:15 kalau tak silap.
Kami tak ambil direct flight JHB-LGK sebab mahal.
Percutian bajet katanya. Hewhew.

Check in pagi-pagi kat kaunter MAS tak payah beratur pun sebab takde orang.
Sekejap je settle.
Bila tengok queue kat Air Asia, mak datuk panjang berjela.
Kami buat pilihan tepat!

:: Bayi gembira walaupun kena bangun pukul 6 pagi. Asalkan dapat jalan je happy, ikut perangai siapa tak tahu haha ::

Sampai Langkawi around 11am, terus call pemilik kereta sewa. 
Dia dah tunggu kat car park.
Bukan si Syam penipu tu.
Aku book dengan orang lain.
Kereta bersih dan berkeadaan baik.
Boleh lebih kurang.
Sila email if you want the number.
No review atas sebab-sebab tertentu.

Nak check-in, macam awal sangat sebab baru pukul 11 lebih.
So, kami decide untuk pergi Underwater World dulu.
Tiket masuk dewasa warganegara RM25/person.
Aiden, FOC :D

:: Orang suruh tengok ikan, dia sibuk tengok orang yang lalu lalang ::

Aiden excited tengok penguins.
Ikan, dia macam tak berapa nak heran sangat.
Habis round Underwater, kami lunch kat kedai seberang jalan.
Agak mahal makan kat situ.
Foods biasa-biasa je.

Aku kecewalah sebab anaconda kat Underwater World dah takde.
Duluuuuu pergi ada.
Tak dapat nak tengok husband geli-geliman. Hew hew.

Sempat survey harga Corelle dan Tefal kat Warisan (keluar daripada Underwater World)
Tapi tak beli apa-apa sebab survey je kan.
Sabar. Sabar.
Padahal dah geram je tengok macam-macam. Lol!
Dasar rambang mata.

Terus menuju ke chalet, Villa Idaman untuk check-in.
Ingatkan jauh, rupanya dalam 300m je daripada Underwater World.
Lain sungguh Pantai Cenang sekarang ni.
Banyak kedai kat sepanjang jalan Pantai Cenang.
Dah macam Bali.

Petang around 5pm kami ke Kuah.
Survey harga barang.
From Hj. Ismail Group, Wawasan Baru to Idaman Suri.
Puas jugaklah dok membanding-bandingkan harga.
Lastly, patah balik ke Wawasan Baru sebab kat situ harga paling murah.
Alang-alang dah sampai, borong chocs terus.
Beli 2 extra luggage.
Memang plan nak beli luggage kat Langkawi sebab murah gila.


...tbc

1 comment:

Umie Aisya said...

yes i need this entry.sila update yg lain cpt2 pls :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...