7 Feb 2014

Cuti-cuti Langkawi: Day 2

Langkawi,
2nd day.

Brunch kat The Breakfast Point (ke apa ntah namanya).
We had yummiest roti canai!
Mula-mula beli sekeping je, share 2 orang (sebab masing-masing dah order nasi lemak) sekali tu tak cukup. Lol!
Order lagi sekeping sebab sedap sangat.
Gembira perut :P
Owner kedai nama Papa Din.

Destinasi yang dituju ialah Langkawi Sky Cab, Gunung Machinchang.
Jauh jugak perjalanan daripada Pantai Cenang ke Sky Cab.
Kami beli tiket pukul 12pm.
Pukul 3pm baru dijadualkan dapat naik.
Tiket pemegang mykad RM15 untuk dewasa.
Ramai sangat orang.
Last time pergi (6 or 7 years ago) tak ramai orang pun.
Kedai pun belum banyak yang dibuka.

:: Birthday treat untuk diri sendiri ::

Kami masuk spa and opted for fish foot spa to kill time.
First time bagi kaki kat ikan. Geli!
Tapi lepas tu rasa licin je kaki.
Terima kasihlah ikan-ikan kerana makan sel kulit mati dikakiku.

:: family photo for the album ::

Pertama kali naik dulu, gayat.
Kali ke-2 naik ni pun, masih gayat.
Kuat betul bergegar bila langgar stesen.
Angin lagi.
Skyway bridge close for maintenance masa kami pergi.

:: bayi sporting yang tak banyak ragam ::

Lepas tu singgah ke Makam Mahsuri pulak.
Nothing new to me except dah lawa sikit tempat ni.
Banyak yang dah upgrade.
Sesuailah sebab tempat tarikan utama pelancong.
Beli tshirt, kain batik dan kaftan kat luar Makam Mahsuri tu.
Harga slightly murah daripada kat pekan Kuah.

:: beach boy ::

Selesai melawat kawasan, balik ke chalet semula. 
Dah lewat petang sangat.
Terus husband bawak Aiden pergi main pantai.
Sebab esok dah ada plan lain pulak.
Takde masa lain dah nak mandi pantai.
Seronok pakcik tu dapat main air.
Pegang pasir dan makan pasir! -__-"
Video dia merangkak dan main pasir ada dalam instagram.

:: Mee udang special ::

Dinner by the beach.
Kat chalet kami stay tu, ada van jual mee udang.
Husband kata power.
Aku tak boleh nak komen sebab aku kan tak makan udang.
Mee udang special (sebab extra udang) semangkuk RM12 kalau tak silap.


Malam tu dinner kat seberang jalan; Warung Janggus.
Tak jauh daripada chalet.
Aku cari ikan terubuk tapi tak ada.
Teringin sangat nak makan terubuk bakar.
So, takde pilihlah ikan jenahak.
Ohh my, sedap gilaaaaaaa ikan jenahak bakar!
Sos atas ikan tu yang buat sedap.
Hoihhh telan liur kalau ingat balik.
Lauk lain biasa-biasa je.
Ikan jenahak adalah hero of the night.

1 comment:

Suzie said...

IKAN JENAHAK LA YG SEDAP sbb terubuk byk tulang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...