6 Feb 2014

Kalau aku kaya (edisi MLM)

Masa kursus dpa tahun lepas, ada member sesidang yang buat 'bisnes' h.o ni.
To be specific, jual korset.
Tapi yang jual tu pun idak la kurus.
Chubby jugerrr.
Well, well what's new about that? :P

Tapiiiiiii,
Lebih ramai yang menyimpan cerita di sebalik tabir.
Close friends tertipu and ada jugak daripada kalangan keluarga sendiri.
Contoh, ada sorang member aku cerita kawan dia (Polan A) tu kerja biasa-biasa je.
Join h.o untuk tambah income.
Jadi downline under group paling popular kat Meleisia.

Satu hari, dia upload gambar lunch kat restoren mewah dan caption gambar seraya berkata "Appointment dengan potential business partner during lunch break".
Sekali tu member aku ni tanyalah kat Polan A, "Eh bila kau keluar lunch ni? Bukan ke ko tak keluar tadi?"
Kuang kuang kuang...
Then, pecahlah rahsia dan Polan A pun mengaku bahawasanya itu hanyalah salah satu tektik dan strategi yang diajar oleh leader bulat untuk mengaburi mata orang.
Tujuannya supaya nampak macam hari-hari ada je appointment, ada je bisnes oppurtunity padahal sebaliknya.
Isk isk isk.

Hoih, kalau nak cerita pasal orang mlm ni punya strategi nak ajak orang join bisnes memang takkan habislah.
Ada yang macam tak tercapai dek akal bila ada orang sanggup buat macam tu dalam bisnes.
Contoh macam screen capture kat bawah ni:

Disclaimer: gambar adalah milik page Say No To MLM

Kalau korang baca komen-komen kat gambar ni, klik SINI banyak sangat pengalaman sadis mangsa mlm. 
Lebih menyedihkan, mostly orang Melayu T___T
Membuktikan bahawa orang Melayu ni malas tapi nak senang kaya.
Gitu? Tsskkk.

Ex-schoolmates aku ada 2 orang join h.o (yang aku tahu).
Confirm tak dapat cecah 6 firuges sebab top leader je yang boleh sebab dia pioneer :D

:: gigih kan? ::

Ni pun salah satu strategi.
Bertahun-tahunlah kau tak tanya khabar berita, tiba-tiba lepas join mlm terus muncul.
Macamlah aku tak tahu modus operandi kau kan :p

Biarlah aku tak kaya daripada kaya tapi jadi bahan kejian orang.
Penaya hidup orang sampai buat orang berhutang keliling pinggang.
Kerja makan gaji sekarang pun Alhamdulillah cukup makan pakai.
Kalau nak tambah side income pun, tidaklah melalui mlm.

Boring ah cerita ni!
Same old story.
*yawn*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...