3 Feb 2014

O.B.S Lumut

Tahun lepas punya kejadian.
Dah lama sangat dalam draft. 
Kosong. Takde isi.
Rajinkan diri mengimbau balik kenangan di obs, mungkin berguna kepada bakal peserta dpa batch 45.

*pengalaman tertakluk kepada tentatif modul, setiap batch mungkin tak sama*

Duration 6 days 5 nights. Ahad - Jumaat.
Outward Bound School, Lumut.


Ahad. 1st day.
Awal pagi bertolak daripada kampus.
Sidang aku adalah sidang pertama ke modul obs.
Berhenti di beberapa pit stop dan sampai ke obs around 6pm.

:: Muka happy sebab tak tahu lagi malapetaka apa nak menimpa hahah ::

Dinner dan briefing.
Sesi suai kenal dengan instructors yang terlibat dan pembahagian watch.


Isnin. 2nd day.
Pagi sampai malam buat aktiviti dalam watch (group kecil).
Semua aktiviti teori ie: cari bearing dan baca kompas.
Briefing 3d2n camping and hiking slot jugak.

:: Hiking route. 3 puncak ::

Batch kitorang kena daki 3 Bukit or the instructors call it The Final Trekking.
They don't simply called it for nothing.
Final Trekking adalah hiking untuk instructors. 
Difficulty level adalah difficult. Hahah.
Tak kelakar. Sesungguhnya memang sukar.

Lepas lunch, praktikal jungle trekking sebagai persediaan untuk trekking dan hiking di Pulau Pangkor.
Watch kitorang paling last keluar daripada hutan sebab tak jumpa check point. Hahahahaha.
Berbulu je watch lain tunggu sebab tak boleh take off selagi semua peserta tak cukup.

Naik bot ke Teluk Gadung, untuk ke first camp site.
Sampai camp site terus set-up khemah dan masak.
Instructors ajar hidupkan api dan bagi tips masak nasi.
Apakah tips nya? Aku dah lupa haha.
Nasi dimasak dengan sempurna macam masak dalam rice cooker. 
Serius tak tipu.
Diiringi lauk sardin dan telur dadar by chef yours truly sebagai dinner.

Malam-malam, sesi berborak dengan instructor tentang next day program.
Sesi diskusi diiringi oleh biskut kering bergula dan milo pekat.
Fuhhh! Layan habis.
Bila kat camp site, semua benda jadi sedap kahkahkah.
Padahal kalau hidang depan mata masa kat mainland, memang tak pandang :P


Selasa. 3rd day.
Pukul 4am dah bangun bersiap.
Kemas khemah and breakfast.
Watch pertama yang get ready untuk take off.
Hello pacats!
Selamat menjamu selera. Lol!
Serius banyak gila pacat.
Masuk je hutan memang nampak pacat kat tanah, kat daun, everywhere menggeletik-geletik.
Pacat adalah banyak dan rakus.

:: Watch Bintang ::

Lupa nama bukit pertama yang didaki. 
Kalau rujuk peta Pangkor kat atas tu, kitorang cross bukit daripada Teluk Gadung ke Pasir Bogak.
Official first stop @ Pasir Bogak.
Lunch dan rest sekejap sebelum sambung daki bukit ke-2; Tortiose Hill.
Bukit paling mencabar.
Takde trek.
Curam.
Aku underestimate bukit ni. Memang macam haram jadah susahnya.
T___T

Memang mencabar ketabahan masa daki 2nd hill.
Mental paling penting.
Kena kuat.
2-3 kali jugak tersalah trek sebelum kembali ke pangkal jalan.

Selamat turun ke camp site kat kawasan Teluk Nipah nearly maghrib.
Watch pertama yang selamat sampai.
Naikkan khemah.
Dinner maggi.
Tidur.
Tengah malam terjaga sebab hujan lebat.
Khemah dah basah lencun so lari bawah astaka untuk sambung tidur.
Kalau diingat-ingat balik, hoihhh betapa seksanya.

Cuma 3 watch je yang berjaya sampai ke camp site, selebihnya stranded dalam hutan.
Kesian gila member-member yang terpaksa tidur dalam hutan.
Macam-macam cerita.
Ular lalu kat sebelah.
Pacat naik atas badan sampai dah tak larat nak buang.
Memang kesian gila T___T
Padahal dah dekat sangat dengan jalan keluar.
Kenapa tak berjaya?
Jeng jeng jeng...
For you to figure it out ;)


Rabu. 4th day.
Bersedia untuk daki bukit terakhir; Bukit Pangkor.
Bukit paling tinggi tapi paling leisure sebab trek dah cantik sebab ramai tourist daki bukit ni kalau kat Pangkor.
Instructor dah pesan, otw turun nanti pacat memang banyak dan besar.
Which is true.
Besar dan panjang dan mencanak-canak cari mangsa!
Aku jalan punyalah laju sampaikan nak potong parangman kat depan. Lol!
Kalau boleh berlari, memang dah lari.
Tak nak pacat naik atas kaki punya pasal.
Paranoid gila haha.

:: atas puncak Bukit Pangkor ::


Rehat kat puncak sambil menikmati biskut kering cicah milo oat. 
Biskut kena catu sorang 1 keping setengah. Haha.
Masing-masing kebulur sebab breakfast roti je.
Al-kisahnya,
Setiap watch kena plan nak makan dan masak apa.
Kalau bawak banyak barang, beg berat.
So pandai-pandai sendiri untuk bawak bekalan.
Watch kitorang paling banyak return foods.

Menghampiri tengahari, watch aku dah keluar daripada hutan.
Lepak tepi pantai sambil tunggu boat datang pick up.
Legaaaaaaa segala penyiksaan dah habis.
Habis tak habis sangat sebenarnya sebab malam terakhir solo camp pulak!

:: puncak-puncak bukit yang berjaya ditawan; Puncak #1, #2 dan #4 (daripada kiri) ::


Khamis. 5th day.
Pagi-pagi dah get ready untuk solo camp pulak.
Tapi this time dekat je dengan obs.
Boleh nampak kereta lalu lalang dan dengar peserta intura punya farewell party (bila malam). Haha.

Solo camp = tidur seorang diri kat dalam hutan.
Tapi still nampak khemah jiran sebelah.
Walaupun jauh, tapi nampak.
Gangguan paling dasyat monyet.
dorang datang bukan setakat seekor 2 ekor tapi segerombolan.
Kenalah buat-buat berani pegang kayu besar dan halau.
Makanan kena simpan dalam beg, kalau tidak memang monyets akan rembat.

Aku tidur awal. Lepas isyak terus letak kepala.
Tengah malam terjaga dan tak boleh tidur.
Mulalah terbayang benda bukan-bukan.
Demmit.
Menyesal tak sudah sebab tidur awal >_<
Rasa macam hoiii lama gila nak pagi. Bila nak pagi? Cepatlahhhh pagi.
Masa solo camp ni, dah la solat tersalah kiblat.
Instructor lupa nak bagi arah kiblat.
-______-"

Pagi around 8am, instructor dah panggil balik.
Yeay!!!
Seronok tak terkata dalam bercakap dengan member kahkahkah.
Sepanjang malam dah membisu bercakap dalam hati.

Kemas dan pulangkan barang dalam stor.
Prepare persembahan untuk malam farewell.
Tapi persembahan takde yang outstanding sebab kami diberi limitasi oleh urusetia.
Tak boleh ajuk instructors.
I know, boring right? :P
Plus limitasi masa pun iya jugak.


Jumaat. Last day.
As early as 7am dah bersiap untuk balik.
Sesi bergambar dan tunggu bas.


Pengalaman paling pahit ketika modul obs sudah tentulah ketika terpaksa pump and dump ebm.
Macam nak menitik air mata.
Beratnya hati masa nak buang tu, Allah jelah yang tahu.
Terpaksa buat walaupun ikutkan hati sebenarnya tak sanggup.

Some tips: 
1. Anti pacat
Pakai full length legging & inner (pakai material dri fit or swim suit).
Stokin panjang bola pakai kat luar seluar track (macam dalam gambar).
Pacat-pacat itu akan dapat naik sampai ke stokin je, tak dapat tembus masuk ke dalam. Hehe. Aku buat macam ni memang tak kena gigit dengan pacat.
Seekor pun takde yang lekat.
Ada yang tersesat masuk dalam sport shoes tapi penyet kena pijak. Haha
2. Pakaian
Pakai baju bermaterial ringan dan mudah kering ie: dri fit.
Mudah untuk dibasuh sekiranya perlu dan cepat kering. Ringan untuk dibawa of course!
Pakai baju warna terang untuk kurangkan digigit nyamuk.
Pakai baju buruk sebab kalau kotor sangat boleh buang je dan tak rasa ralat :P
3. Insect repellent
Silalah sembur seluruh badan.
4. Kasut
Tolonglah pakai kasut hiking, bukan sport shoes kalau tak nak tergelincir atau terjatuh ketika hiking.
Aku pakai kasut brand Power je.
Murah dan tahan lasak.
Tak perlu spend beratus untuk sepasang kasut hiking.
Pakai 2-3 hari je pun.
Janganlah pakai kasut sukan biasa.
Member-member 1 watch berapa ramai yang terpeleset masa hiking sebab kasut licin dan tak grip.
Bahaya OK!

Batch kitorang takde water activities.
Teringin gila nak kayaking dan naik whaler!
Next batch, ada balik water activities.
Ohh-so-jealous!
Have fun bagi pihak kami, please :P

:: Officially an ex-bounder, bersijil penuh ::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...