19 Mar 2014

Ganti puasa

Sekarang dah Jamadilawal.
Lagi 3 bulan dah Ramadhan.
Pejam-celik-pejam-celik 3 bulan tu sekejap je.
Oleh yang demikian (ayat surat), aku telah memulakan operasi mengganti puasa.

8 hari 'ponteng' puasa tahun lepas.
Bukan sebab uzur tapi sebab tak tahan kelaparan selepas mengepam susu.
Lapar  lepas mengepam lagi dahsyat daripada bagi direct feeding.

:: Lauk tu aku 'masak' kat kedai ::

4 days to go.
Aku tak suka ganti puasa last minute.
Tergesa-gesa dan end up badan letih 2x ganda.
So, ganti awal dan boleh gap-kan kalau nak :)

InsyaAllah nak lebihkan puasa, untuk niat ganti nazar.
Manalah tahu ada puasa nazar yang aku belum ganti.

Korang dah habis ganti puasa ke belum?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...