2 Mar 2014

Lunch di seberang tambak

Pada suatu hari, perkara gedix telah berlaku.
Aku telah ajak suami ke Singapura untuk lunch.
Macam dah tak cukup kedai makan kat JB ni
T__T


Sebelum pergi lunch, singgah Takasimaya dulu beli pemanis mulut.
Sampai sekarang ada lagi seketui dalam fridge.
Takde siapa nak makan.
Membazir sungguh!
Seketui RM10, mujurlah dengar cakap suami beli sikit je.
Kalau tamak?
Membazir ganda 2x.

Jakun jap aku masuk Taka, dah lain sangat.
Last time pergi takde new wing.
Kedai pun dah makin banyak.
Dah takyah pergi mall lain, kat Taka tu dah lengkap ada semua benda.


Fav flavor adalah pistachio. 
Rasa lemak manis.
Caramel manis sangat tapi sedap jugak.
Lambat lagilah kalau nak beli lagi sebab macam dah tak berapa nak sedap sangat pulak.
Hewhew.

SA dalam Laduree semua Filipino.
Err, tak pasti sama ada fakta tu berguna ke tak.
Orang Filipina punyalah ramai kat Singapore, macam ramainya pati Indon kat Malaysia.
Filipino suka kerja kat Singapore sebab currency exchange sana besar.


Lepas tu baru gerak ke Arab Street, mencari kedai makan yang dihajati iaitu Sufi Corner. Kebab platter tu SGD25 kalau tak silap. Ada chicken wings, lamb sausages and beef kebab. The taste? Biasa sahajork ditekak aku.

:: Bila kat Singapore, mesti mahu posing macam Aaron Aziz ::


Benda inilah yang aku teringin sangat nak makan sebenarnya. Kunefe! Berlaga sudu dengan husband sebab memasing berebut nak makan. Wakaka buruk perangai. Terubat sikit kepiluan main course tak sedap, tapi dessert meletops.

Aku nak try buat kunefe sendirilah, gila apa kalau setiap kali nak makan benda ni kena pergi seberang. Kau ingat kau ong kaya? T____T

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...