11 Mar 2014

Payless, save more!

Peghrokkk sungguh aku rasa bila baru dapat tahu kedai kasut bernama Payless tu best ropanya.
Sebelum tu, jengah pun tak sudi. Kakaka.
Bila dah terjebak, memang mengulang ke sana ajelah kerjanya.


Flats pertama yang aku beli kat Payless.
Nak matching mechot dengan handbag (whats new with that kahkah) katanyaaaaa.
Selesa ya ampunnnnn!
Jauh sangat daripada prestasi flats Charles & Keith; mensakitkan kaki.
Fakta bukan auta.
Makanya, seketol sajalah kasut berjenama C&K yang aku ada.
Konsep cinta beralih arah.


Payless ada banyak jenama kasut.
Flats warna nude yang aku beli tu, brand Fioni.
Terulis dalam kasut tu "handmade".
Yang paling aku suka, masa bayar tu dapat diskaun 15% sebab guna credit card MBB.
So lepas tolak diskaun, tak sampai pun rm70.
Murah dan selesa.
Aku memanglah bukan wanita yang mengamalkan konsep membeli kasut mahal tapi menyakitkan kaki.
Rasa bodoh beli kasut mahal-mahal tapi tak praktikal.
Yang rasa tu, aku. Tiada kaitan dengan insan lain.

:: Lagi aku susun, lagi dia punggah ::

Hari tu singgah lagi ke Payless. Bagitahu kat husband nak tengok-tengok je.
Bahaya orang perempuan ni kalau dia cakap tengok, orang lelaki silalah jangan percaya. Kakaka.
Daripada konsep tengok, terus jadi konsep borong.
2 pasang aku beli; sepasang wedges, lagi sepasang peep toe wedges.
Pembelian kali ni pun ada diskaun. In store discount 20%.
Harga kasut takde yang lebih rm100.
2 pasang ni, aku bayar less than rm170 (seingat akulah).


Selepas kasut hitam dpa aku rosak (tapak haus), aku sarung la brown wedges ni ke office setiap hari.
Tapi, setiap kali tengok kasut kale brown handbag kale hitam alahaiiiii tak matching sungguh.
Plan nak cari kasut hitam, tapi sampai sekarang tak terbeli-beli lagi.

Dah ada kasut brown, tapi handbag kale brown takde lagi.
Ko nampak tak permainan aku kat situ? Kahkahkah.

:: Kesyaitonan apakah ini??? ::

Husband aku kata, kalau nak beli handbag baru sila jual dulu handbags yang aku tak pakai kat rumah tu.
Walaupun beli handbag guna duit sendiri, restu suami itu penting (cehhh).

Semoga aku dan Alexa akan dipertemukan suatu hari nanti *isi syiling dalam tabung*

1 comment:

Cik Puan Tqah said...

hahhaa.. padanla nk jual handbag lame.. i hari2 bawak beg laptop ngn cooler bag.. kuar jalan2 bawak beg anak..pon boleyy.. nak juak handbag baru..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...