4 Mar 2014

Petua tradisional menghalau nyamuk

Rumah aku banyak nyamuk sebab belakang rumah adalah hutan.
Pastu nyamuk senang nak masuk sebab banyak ruang yang boleh ditembusi dengan mudah.
Kiranya, free-free belanja nyamuk untuk masuk dalam rumah.

Elok je malam mulalah nyamuk-nyamuk ni berkeliaran especially maghrib.
Sebelum tidur, tiap-tiap hari aku akan sembur dulu bilik tidur dengan harapan malam boleh tidur lena tanpa gangguan nyamuk.
Dah spray pun nyamuk still ada.
Kena jugak gigit sedas dua.

Paling kesian Aiden, tengah-tengah tidur boleh terjaga sebab kena gigit nyamuk.
Alih-alih dah berbintat je muka dia.
Ada sekali tu, dekat 6-7 bintat kat muka dia.
Patut la dia asyik merengek je, tak boleh tidur.
Cepat-cepat aku tenyehkan Baby Organix Buzzoff After Bite Balm.
Bintat cepat hilang plus lepas tu takde berbekas.
Benda ni tahan lama, dah lama beli still banyak lagi.
Berbaloilah beli.

:: bintat-bintat bekas gigitan nyamuk hampir tak nampak lepas sejam tenyeh balm ni ::

Aku ni tak suka bau spray nyamuk.
Dah tukar yang waterbased pun masih sesak nafas.
Dulu masa pakai yang oil base lagilah menggelupur tak boleh bernafas.
Tapi kalau tak spray kang umpama open table pulak untuk nyamuk.
Last-last aku google "petua halau nyamuk", keluarlah satu blog kakak ni (tak ingat tapi korang boleh google) dia bagi petua untuk halau nyamuk dan lalat.

:: first try; cengkih pun sikit sangat ::

Hari pertama aku try, buat seketul je letak kat tepi katil. 
Nyamuk siap boleh terbang-terbang atas kepala.
Macam menganjing je gayanya.
Jilakos betul!
Bangun pagi, masih kena gigit nyamuk kat kaki.

Takpe, malam seterusnya experiment diteruskan.
Aku buat 4 ketul letak kat 4 penjuru katil.
Walaweiiiii lenanya tidur tak kena gigit nyamuk.
Hasil experiment adalah memberangsangkan.

:: second try; aku cucuk cengkih lebih sikit ::

Senang gila rupanya nak halau nyamuk.
Limau nipis (lemon or limau purut pun aku rasa boleh) tu potong dua.
Cucuk-cucukkan dengan cengkih.
Ikut suka kaulah nak letak cengkih banyak mana.
Aku letak dalam papercups je, boleh pakai buang.

Selamat membanteras nyamuk.
Denggi berbahaya! *tiba-tiba*

1 comment:

Cik Puan Tqah said...

hehe.. comotla muka kalau kene gigit nyamuk kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...