26 Mar 2014

Random rumblings

Cerita random tentang timeline aku di fesbuk.

Berderet-deret status, shared articles (theory?), news, etc. tentang MH370.
Sejak bermulanya tragedi itu kira-kira 2 minggu lalu, aku mengambil pendirian untuk tidak mengeluarkan apa-apa statement mengenainya.
No status, no pic, no shared links. Nada. Yilek.
Bukanlah itu bermaksud aku insensitive, kalau nak doakan tu tak perlu tunjuk.
Doa supaya Allah bagi yang terbaik senyap-senyap dalam hati lebih afdhal.

Kenapa?
Aku lebih suka menjadi pembaca dan pemerhati.

Ada puak jenis tunggu dan terima kenyataan daripada pihak yang berkenaan dan media rasmi.
Ada puak jenis suka berkongsi macam-macam jenis teori atau bahasa busuknya spekulasi.
Bila kau bukan siapa-siapa, maka apa yang kau cakap itu spekulasi.
Bila kau sesiapa contohnya media, apa yang kau cakap itu teori.
Walaupun suratkhabar kau tu selalunya letak cerita panas je lebih untuk bagi laku jualannya.
Ada puak yang status-status mereka, buat akal kita berfikir.

Aku khatam semua (walaupun ada yang aku tak boleh nak hadam).

Cuma yang aku pelik, kenapa ada sesetengah daripadanya marah berapi-api kalau orang lain share link articles pasal teori-teori yang ada?
Teori merepek dan tak masuk akal kata dia.
Kata dia lagi, teori-teori itu semua insensitive terhadap keluarga mangsa.

Aku makin pelik sebab kalau otak awak tak mahu nak terima bahan bacaan seperti itu, jangan baca.
Just because awak rasa benda tu nonsense, awak pukul rata kata teori itu semua salah.
Dah nama pun teori, selagi belum terbukti, selagi itulah kekal sebagai teori.

Cuma, aku rasa tak salah pada sesiapa yang nak 'bawak' akal berfikir luar daripada kotak.
Keluar daripada berita-berita yang disogokkan oleh media.
Baca, analisis dan buatlah penilaian sendiri.

Untuk apalah dihukum orang yang mahu berfikir lebih itu dengan segala macam panggilan.
Ingat, tak semua manusia boleh terima bulat-bulat benda depan mata.
Awak yang bercakap tu pun, tidaklah bijak mana.
Bukannya awak tahu semua benda yang berlaku dalam dunia ni.
Mungkin ada benda yang tak terjangkau dek akal pemikiran awak.
Tahu?

Selagi tak jumpa bukti-bukti yang mengatakan pesawat itu 'berakhir' di situ, pendirian aku mereka masih 'ada' cuma kita tak tahu kat mana.
Masih menanti episod terakhir tragedi ini tiba.

Sekianlah entry rasa menyampah dengan orang dalam fesbuk yang rasa macam dialah yang paling tahu segala benda dalam dunia ni.

#prayforMH370

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...