18 Mar 2014

Recipe: Baked macaroni with mince meat and cheese

Blog haku ni dah jadi blog mak-mak sangat.
Balik-balik cerita pasal anak, tak pun resepi.
Kahkahkah.
Nak buat macam mana, naluri keibuan (pffttt)

Resepi Makaroni Bakar:

Bahan A : Isi (ditumis)
400gm daging kisar
1 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 biji carrot -dadu
Cendawan butang - potong nipis

Bahan B : Sos putih
50gm mentega
1 sudu besar tepung gandum
300-400ml fresh milk
Salt, pepper & nutmeg
Keju cheddar

Cara-cara:

  • Cairkan mentega. 
  • Masukkan tepung gandum (kacau guna whisk). 
  • Masukkan susu sikit-sikit sampai habis. 
  • Kacau sampai pekat dan mendidih. 
  • Masukkan cheese yang dah diparut. 
  • Kacau lagi sampai sebati.


:: Bersedia untuk disumbat dalam oven ::

Macaroni tu rebus dan tos macam biasa, takkan tu pun nak kena ajar.
Tumbuk nak? *garang*

Gabungkan semua bahan:

  • Letak macaroni, mince meat dan tuangkan sos.
  • Tabur lagi cheese kat atas. Lagi banyak, lagi sedap (kalau berat badan naik jangan salahkan aku :P)
  • Bakar dalam oven +/- 40 minit. Suhu 200C.


:: Bersedia untuk disumbat dalam mulut ::

Sekian sahaja resepi dari Kak Ton.
Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...