4 Mar 2014

Resepi : Spaghetti Aglio Olio


Resepi tutup sebelah mata pun boleh masak, pun nak up ke?
Dah takde modal ke apa tuan tanah kedaung ni?
Kahkahkah.

Uolsss,
Resepi aglio olio ni kan banyak versi.
Ada orang buat pedas, ada tak pedas.
Aku suka yang pedas.
Ini kira resepi versi pedas yang aku alter ikut citarasa tekak sendiri.

Resepi Aglio Olio (pedas):
1 clove garlic - ketuk
1 biji bawang Holland - dadu
Cendawan (butang boleh, shitake pun boleh) - hiris nipis
3 sudu kecil cili flakes
Kupang
Sotong
Italian herbs
Black pepper
Salt
Olive oil

Cara-cara:
Rebus speghatti sampai al dante.
Rebus kupang dan sotong. Jangan lama sangat nanti overcook.
Petua nak hilangkan pasir pada kupang: rendam dalam air 10-15 minit. Tos dan baru rebus.
Tumis bawang putih dan bawang. Bila dah naik bau, masukkan cili flakes.
Masukkan kupang, sotong dan cendawan.
Masukkan spaghetti.
Masukkan italian herbs (aku letak oregano dengan basil), black pepper dan garam secukup rasa.

Resepi simple tapi best sesuai untuk wanita bekerja dan pemalas masak seperti Mak Jemah ni. Haha.
Prep and cooking time around 30mins je.
Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...