16 Mar 2014

Resepi: Victoria Sandwich Cake

Dunia masakan kat Malaysia ni bermusim, kan?
Sekejap red velvet meletup, lepas tu rainbow cake, devil food cake, etc.
Then, Victoria Sandwich Cake pulakkk.

Aku dah lama simpan resepi Victoria Sandwich Cake ni, sejak zaman bergelar baker dulu tapi tak pernah try buat. M besar :p


Resepi Victoria Sandwich Cake:-

Bahan-bahan:
250gm mentega (scs atau tatura sedap!)
220 gula kastor
5 biji telur (size besar)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar golden syrup
3 sudu besar susu
280gm tepung naik sendiri

Cara-cara:
Pukul mentega dan gula sampai kembang.
Masukkan telur 1-1
Masukkan golden syrup dan esen vanila.
Masukkan tepung, sedikit demi sedikit sampai habis.
Akhir sekali, masukkan susu.
Bakar suhu 180C (bergantung kepada oven)

Frosting:
Whipping cream - pukul sampai thick
Strawberry compote (strawberry potong nipis. Masukkan 1 sudu gula dan 1/2 cawan air. Masak atas api kecil. Masukkan 1 sudu kecil lemon juice)
Fresh berries.
Icing sugar

Hias la ikut suka :D

3 comments:

nqr said...

wow senang je kekdahnya resepi ni ye. baik weekend ni kena sinsing lengan utk try buat

cc said...

nqr,
senang weiii cuma antara malas dgn rajin je nak buatnya tu haha

ammynrazak said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...