27 Apr 2014

14 months of Aidenoshi


Dah boleh menapak. Yey! Mak bapak yang excited lebih bila tengok anak dah start berjalan :D
Tak reti nak jalan slowly, tahu nak laju je. Padahal belum stabil T__T
Dah boleh faham simple instruction ie: "Give it to mommy, please?" pastu hulur tangan, nanti dia bagi barang yang dia pegang tu kat tangan kita.
Boleh sebut few words ie: book "BUH", ball "BA", kakak "KAKA", abang "ABA".
Gigi yang ke-9 dan ke-10 dah keluar. So perangai suka menggigit tu datang balik sebab gatal gusi.
Suka main duit syiling. Sepah-sepahkan, macam biasa.
Suka makan telur dan ayam. Sebijik perangai bapaknya.
Jeles dan akan melalak kalau papa dukung orang lain. Mami buat, nan hado dia heran. Pilih kasih betul.
Masih manja lebih dengan mami. Pantang nampak mami bersiap, terus bergayut kat kaki takut kena tinggal. Haha.

Berat terkini 10kg. Patutlah lenguh kalau dukung daripada ground floor sampai tingkat 3.

Semakin hari, semakin muka mami.
HAHA.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...