25 Apr 2014

Husband's 29th birthday

5 April lepas adalah birthday husband yang ke-29 tahun.
Tahun depan dah nak masuk 3 siries, tuanya laki mak :P
Bersempena menjadi birthday boy, isteri beliau ini telah bermurah hati untuk belanja makan.
Kami ke Wadi Hana Elarabi, sangat dekat dengan rumah.
Lokasinya di Desa Rahmat, Tampoi.

:: Super active baby ::

Suasana dalam kedai sangat cozy. 
Cozy sangat sampaikan Aiden buat macam rumah sendiri T__T
Mujurlah dia tak kacau orang lain tengah makan.
Dia just merangkak keliling meja dan landing atas carpet.
Kitorang pilih untuk duduk bersila, senang nak makan dengan si kecik tu.
Plus, makan atas meja sama macam kat rumah je.
Sesekali tukar angin.

:: Orang nak order, dia pun sibuk nak jugak ::

Foods sampai tak berapa lama lepas order, which is good sebab time tu kitorang ni dah kelaparan gila.
Husband order Maghluba rice with lamb.
Aku order Fitta rice with lamb. Served with almond sup (yang lazat!)
Nasi maghluba lagi sedap daripada nasi fitta.
Nasi fitta tu kuah tomato dia masam sangat (kat tekak aku).
Bila nasik tinggal sikit, lagilah terasa kemasamannya.

:: Appetizer, tak ingat nama menu tapi macam naan bread cicah dengan hummus ::
:: Mine, Fitta Rice ::

:: Perangai macam budak besar sangat. Semua pun nak buat sendiri ::

:: Dessert, Umm Ali yang memang umpphh! :;

Umm Ali tu adalah bread butter and pudding.
Ada kismis kat dalam tapi yang buat benda ni sedap adalah sampah sarap (kekacang) kat atas tu.
Tak manis sangat dan yang paling penting bila makan tak muak.

Price wise, tak mahal sangat.
Portion besar, memang mengenyangkan.
We shall return to this place, especially kalau craving Umm Ali itu :D

:: Happy 29th birthday my dear boyfriend! ::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...