27 Feb 2015

Avoiding negativities


Kau pernah dengar/baca orang kata, orang di sekeliling kita adalah cermin diri kita.
Kalau kawan bau minyak wangi, wangilah kita.
Kalau kawan bau tahi, busuklah kita.

Kau pilihlah sendiri, sama ada nak berbau wangi atau tahi?
Simple je.

Semalam baca blog Kak Di (Diana Ishak), aku setuju dengan apa yang dia cakap dalam entry "Magisnya Persekitaran" tu. Sometime, pilih untuk jadi malas layan or ignorant memang pilihan yang paling bagus. Bagus untuk mental. Semak kepala weiii kalau nak fikir apa yang orang lain cakap.



Ada ramai kenalan pun tak guna kalau ramai-ramai tu jenis mengata belakang. Macam masa kursus 6 bulan dulu, aku memanglah bukan spesies ramai kawan, tapi kawan yang aku ada itulah kawan susah senang. Tak kuasalah nak hadap drama. Perempuan dengan drama mana boleh pisah? Ada satu incident dengan sorang member sidang aku, dalam group dialah yang paling ramah dengan aku, rupanya kat belakang...... Apalah rasanya berperangai gitu? Umur dah banyak. Berpangkat emak orang. Tapi perangai saling tak tumpah macam budak.

Aku dah maafkan, tapi belum lupakan. Some said forgive but not forget serupa macam kau tak maafkan pun sebenarnya. Well, mungkin. Hati aku terluka (cehhh). Susah eh nak ajar hati jadi manusia pemaaf?

Since kejadian tu aku memang avoid terus manusia begitu. Kalau takde keperluan memang kami tak bercakap (aku pilih untuk avoid jugak keperluan tu selagi boleh). Cukuplah dah terkena sekali.

Orang beraura negatif ni, kalau kau tak kuat untuk ubah dia kau kena elak. Takut nanti lama-lama, kau pulak yang terikut. Kau tengok sifat magnet, positif dengan positif jadi apa? Negatif dengan positif jadi apa? Itulah yang aku maksudkan, either kau atau dia yang akan terikut perangai salah sorang. Kalau diri sendiri yang negatif? *krik krik krik* Banyak-banyakkan tenung bulan.

Avoiding or running away from negative people is just right. I believe. If you don't agree, let's agree to disagree ;)

Selamat berhujung minggu!

2 comments:

.:SeSwEeT LaVeNdEr :. said...

xde button like ek nk klik =p

cc said...

Sesweet lavender,
sorry takde hihu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...