11 Feb 2015

Kota Kinabalu Trip Day 1: Island Hopping

Catatan pengalaman kami sekeluarga ketika bercuti di Kota Kinabalu Disember 2014 yang lalu.

Day 1 @ Kota Kinabalu.
Untuk aktiviti island hopping, kami pergi 2 pulau je; Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Staff kat office bagitahu Pulau Mamutik tak berapa best sebab kawasan nak snorkeling tu terlalu dekat dengan bot, minyak bot mencemarkan air. Tu dia bagitahulah, kalau dia tipu maka aku pun secara tak sengaja tipu jugaklah haha.





:: Buli budak! ::

Bot bertolak pukul 9 pagi dari Jesselton Point. Destinasi pertama ke Pulau Sapi. Tak jauh sangat daripada jeti, around 15-20 minit dah sampai kat pulau. Entrance fee RM3 untuk dewasa. Bayar sekali je, nanti bila pergi ke pulau-pulau lain dah tak perlu bayar. Tourist masih tak ramai sebab awal lagi. Dapatlah kami anak beranak berkubang dengan senang hati.



  
Aiden seronok tengok ikan banyak tapi penakut nak pegang. Puaslah kitorang acah-acah suruh dia pegang ikan, haremmm. Dok berpaut kat badan makpak macam anak koala.

Masa beli tiket bot, aku bayar sekali untuk aktiviti sea walking kat Pulau Sapi. So, masa kat pulau tu agent dah bagitahu siap-siap pukul berapa kena standby untuk buat aktiviti. 


:: Budak suka air kepenatan berkubang ::

Kesian anak teruna mak sampai tertidur-tidur. Mujurlah jenis yang tak meragam walaupun tak cukup tidur. Senang sungguh bawak dia ni berjalan :D

:: Atas platform untuk aktiviti sea walking ::

Masa buat aktiviti sea walking, kitorang buat bergilir-gilir sebab siapa pulak nak jaga Aiden kalau kami berdua masuk air serentak, kan? Husband aku kata, elok je aku masuk dalam air Aiden melalak cari mami. Sejujurnya, aku rasa aktiviti ni agak mahal berbanding harga yang perlu dibayar sebab aku membayangkan sea walking tu jalan kat dasar laut view macam aquarium haha. Tapi macam dekat sangatlah distance depa bawak jalan tu. 

video
 :: One of sea walking highlight; dapat pegang clown fish ::

Lepas selesai aktiviti sea walking, kami balik semula ke Pulau Sapi sebab timing untuk ke Pulau Manukan belum sampai. Keluar masuk air perut laparlah pulak. Dah la tak bawak bekal lain sekali roti beli kat jeti (tu pun dah banyak sedekah kat ikan!). Terpaksalah beli buffet lunch kat situ sebab masing-masing dah kelaparan. 1 kepala RM45, mahal T__T

Tips: Bring your own food masa buat island hopping untuk penjimatan. No need bawak nasik lauk-lauk bagai kalau malas nak leceh-leceh. Bawa sandwich or snek macam nugget/sausages tu pun dah OK.

Pukul 1 kami naik bot ke Pulau Manukan pula. Sepanjang perjalanan Aiden tidur. Bila celik mata je terus ajak masuk dalam air.


:; Berjemur ::

Ramai sangat orang kat Pulau Manukan tapi takdelah tahap crowded. But sadly air keruh and banyak sampah. Benci tengok plastik jajan terapung dalam air. Sampah masyarakat sungguhlah orang yang takde sivik ni. Disebabkan faktor ini, maka kami lebih suka Pulau Sapi.

:: Pishhhh, come. Come ::

Right before kami naik ke darat, ada seekor ikan todak lalu. Laju sangat ikan tu berenang dan perginya tak kembali so tak dapat nak snap gambar. Pukul 3.30 petang naik bot untuk pulang ke jeti. Cuaca sangatlah baik despite tengah monsoon kan? Abang aku pun bagitahu, KK waktu tu hujan disebelah petang. Tapi hari kami ber-island hopping tu takde tanda-tanda nak hujan, sampai ke petang cuaca elok. Alhamdulillah, rezeki.

:: Jom balik, Lain kali datang lagi! ::

Agak last minute aku plan trip ke Kota Kinabalu (KK) ni. Sebulan before date nak pergi baru aku beli flight tickets, so bolehlah bayangkan harga tiket tu tak berapa nak murah. Guna perkhidmatan Air Asia sebab MAS takde direct flight JHB-BKI. Tapi sebab menggeletis sangat nak pergi berjalan (stress asyik hadap kerja kat office), aku beli jelah. Dah lepas beli baru bagitahu husband. Ko nampak tak ciri-ciri isteri diktator di situ? Adik-adik, jangan ikut please.

Settle part flight tickets, barulah survey aktiviti apa nak buat kat sana dan buat hotel reservation. Trip ke KK ni mengelat sebabnya aku tak sewa kereta dan book hotel pun masa kat Kundasang je. Sebab? Abang aku ada kat sana so beberapa malam tu tumpang menetap kat rumah dia. Trasportation ke sana ke mari pun pakai kereta dia. Hewhewh.

Itinerary semua plan sendiri based on review kat blog-blog orang and some tips yang kawan-kawan share.

Kos/charge untuk aktiviti island hopping di KK:
Boat transfer +/- RM40/adult
Sea Walking RM180/adult
Lunch buffet RM45/adult
Taman laut fee RM3/adult
Snorkeling equipment RM15 (kalau tak silaplah)

(bersambung di entry akan datang untuk hari ke-2 di Kota Kinabalu)

3 comments:

myblackneo said...

Salam wbt
Tengah survey2 pasal island hopping, tersinggah di blog ni. Tq for the info. Cuma nak tanya, tiket untuk island hopping boleh beli on the spot pada hari nak buat aktiviti ni ke? ataupun kena prebook dulu?
Terima kaseh :)

cc said...

@myblackneo,
beli on the spot je. kalau boleh pergi awal pagi

Mia Miftah said...

Hai. Kalau pergi tengahari sikit pun boleh ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...