16 Feb 2015

Kota Kinabalu Trip Day 2: Aktiviti di sekitar Kota Kinabalu

Aktiviti dimulakan seawal jam 3.30 pagi untuk 'menangkap' seafoods di pasar. Abang aku dan wife dia dah janji nak masak special untuk kami. Memang rambang matalah masa kat pasar tu, tengok semua ikan/haiwan laut pun nak beli. Ketam, udang, ikan, etc. memang fresh sebab baru je sampai dari tengah laut. Ini aktiviti plus point lah kalau korang ke KK and tempat menginap tu rumah adik-beradik/sedara-mara. Kalau duduk hotel mana nak dapat fridge untuk simpan kan? :D

:: Pasar Besar Kota Kinabalu ::



Pukul 8 kami keluar menuju ke Stesen Keretapi Tanjung Aru untuk aktiviti seterusnya. Nak merasa naik steam train sebab review di blog-blog orang lain kedengaran menarik. Bila aku ke kaunter untuk beli tiket, terkejut acik bila adik di kaunter kata tiket RM300/adult. Gulp! Jauh beza sangat dengan apa yang aku baca kat blog (mungkin harga lama kot?). Tapi mengenangkan kami dah berada di situ, kami teruskan juga niat untuk naik steam train ni. Alasannya, nak bagi Aiden rasa *sendu sungguh alasan* *pitams nak bayar harga tiket* Nasib baik kanak-kanak dibawah 3 tahun boleh masuk secara percuma T__T

:; Kaunter Tiket North Borneo Railway di Tanjung Aru ::

Train ni beroperasi 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Sabtu. Kami memang takde buat reservation, datang walk in sahaja dan kebetulan masih ada kekosongan. Kami dapat mock passport sebagai boarding pass untuk menaiki keretapi ni. Ikutkan jadual, keretapi akan mula bergerak jam 10 pagi dan dijadualkan berakhir jam 2 petang. Kami ditempatkan ke gerabak yang dinamakan "Kinarut". Ada 4-5 gerabak dan semua menggunakan nama pekan yang kami akan lalui sepanjang jalan.

:: Mock passport ::


:: Gerabak kami "Kinarut" ::

Kami habiskan masa dengan mengambil gambar sementera nak tunggu pukul 10 pagi. Tak ramai local yang naik keretapi ni, kebanyakkannya foreigners. 

:: Mari naik, keretapi sudah mau jalan bha! ::

Train route daripada Tanjung Aru akan melalui pekan Putatan, Kinarut dan Kawang sebelum berhenti di stesen terakhir di Papar. 

:: The ambiance ::
  
Harga tiket yang dibayar adalah termasuk breakfast dan lunch. Breakfast menu adalah beberapa kuih-muih tradisional dan roti bakar beserta hot drinks. Tak sedap T___T. Mujurlah sebelum keluar daripada rumah, kami dah breakfast. Breakfast yang disediakan tu macam light snacks saja. Suteraharbour, please bring back the croissant and danish pastries. They all looks yummier than the kuih-muih.


:: Menjiwai makanan ::

:: Pemandangan dari dalam train ::

Kami duduk bersebelahan dengan newly wed (suaminya orang Germany, si isteri orang Indonesia) yang sangat ramah. Waktu memulakan perbualan, dia suruh teka which country I'm from? Dengar slang je dah tau Germany. Dia macam impressed aku boleh teka dengan tepat, siap kata mesti aku pernah sampai ke Jerman sebelum ni. Ex-tourism student katanya kan? Buek malu yo kalau tak tau.

Macam-macam haa dia berboraknya. Letih Mak Jemah nak melayan English dah la berkarat, gasaklah kau faham ke tak :P

:: Pit stop di Pekan Kinarut ::

Penumpang diberikan masa 30 minit untuk melawat temple dan pasar yang berada di kawasan sekitar. Tapi kami bertiga decided untuk menjengah pasar sahaja, malas nak menapak ke temple. Tengok seafoods kat pasar tu, agak jauh beza harganya dengan harga di pesar besar KK. In fact bila kami tanya kat train staff, depa kata orang kat situ pun memang ambil daripada pasar besar. So no wonder-lah harganya mahal sikit.

:: View from the coach ::

:: Stesen terakhir di Papar ::

:: Turn over ::

:: Tiffin lunch onboard ::
   
:; Lunch menu yang sedap! ::

Lepas lunch, dapat pulak aiskrim potong. Menang syiok makan time panas-panas (yerr dalam keretapi ni panas ya bukan fully aircond)

Jadual balik off track sikit. Lambat almost 40 minutes daripada jadual, tapi we all tak kisah sebab takde rushing nak ke mana-mana.

:: Muka budak 'happy' dapat naik train ::


Lepas turun train, kami ke pusat bandar KK. Shopping! Plannya nak stay sampai ke petang sebab nak ke pasar Kampung Ayer, tapi husband aku dah kepenatan maka shopping di Jamilah saja. Lepas tu balik. *gambar shopping tiada*

Ada ke orang tengah sibuk shopping ambil gambar? :D

Honestly, aku meletakkan expectation yang lebih tinggi untuk train ride ni. Tapi entahlah, below my expectation kot? Sebab bayangkan pemandangan cantik sepanjang jalan agaknya tapi takde pun yang buat aku went WOW T___T.

Bertemu lagi di entry akan datang, Kundasang aku datang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...