17 Feb 2015

Kota Kinabalu Trip Day 3: Tamparuli & Kundasang

Kundasang ni macam highlight of our trip lah. 

Gami gerak awal pagi sebab tak nak tersangkut dalam jem (ada 1 jalan utama je nak ke Kundasang). Kalau ikutkan GPS, kami akan melalui Rumah Terbalik dulu, baru ke Tamparuli. Tapi entah macam mana terlepas Rumah Terbalik (padahal tepi jalan je!), kami ke Jambatan Tamparuli terlebih dahulu. Nasib baik kedua-dua destinasi ni tak jauh.

:: Mari memanjat jambatan! ::




:: The famous Jambatan Tamparuli ::

Basically tiada apa yang istimewa tentang jambatan ni. Hanyalah sebuah jambatan kontrit dan kayu yang dijadikan laluan untuk merentas sungai oleh penduduk setempat.

Jambatan Tamparuli ni famous sebab ada sejarahnya (dongeng?) yang tersendiri. Boleh baca kat SINI kalau nak tahu.

Kami teruskan road trip ke Rumah Terbalik. Daripada Jambatan Tamparuli ke Rumah Terbalik tak lama pun, around 5-7 minit masa memandu sahaja. Kami ke sana sebab tengok sesiapa yang ke KK mesti singgah sini *lame gila alasan LOL*

:: Pose wajib berlatar belakangkan rumah terbalik ::

Seriously aku kecewaaaaa dengan tempat ni. Tiket agak mahallah pada aku RM10/dewasa. OK fine, alasan tour guide sebab maintenance dan dikendalikan 100% oleh private company tiada bantuan daripada kerajaan. Tapi alasan yang tak boleh blah dia kata mahal sebab kerajaan nak implement GST. OMG apakah kaitan GST? *tak boleh hadam*

:: Cuba bayangkan ada tahi betul jatuh daripada toilet bowl tu? Euwww HAHAHA ::

Tak boleh ambil gambar langsung dalam Rumah Terbalik sebab tak mahu orang copycat konsep rumah tu kata tour guide lagi (err, have you ever heard about Rumah Terbalik kat Melaka?). Sejujurnya, if you plan to go to KK you can skip this place. 

Disebabkan frust, kami berhenti brunch kat cafe bersebelahan tempat jual souvenirs Rumah Terbalik sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang.

Perjalanan daripada Rumah Terbalik, Tuaran ke Kundasang mengambil masa sejam lebih. Ecxited bila dah nampak view Gunung Kinabalu! :D

Kami decided untuk terus ke Kinabalu Park (Taman Kinabalu) sebab masih awal kalau nak check in kat hotel. 

:: Next time InsyaAllah ::

Kami teruskan sampai ke kawasan paling tinggi yang boleh dinaiki dengan kenderaan. Kalau parking kereta kat entrance tak dapatlah nak sampai ke kawasan ni. Mengah oii nak berjalan. So kalau nak tengok pemandangan dalam park ni, silalah bawa masuk kenderaan ya.

:: Tarian zapin ditengah jalan ::



Pakcik kenit ni memanglah excited dapat berjalan ke sana ke mari. Energy dah fully recharge sebab dalam kereta dia bantai tidur sepanjang perjalanan.

:: Hello any girls there? ::

Lepas dah puas mencuci mata dalam Kinabalu Park, kami patah balik ke pekan Kundasang untuk check in hotel; Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Nanti aku buat entry lain untuk review pasal hotel ni.

Lepas check in, solat and rehat dulu sebelum avtiviti seterusnya. TAPI... Boleh pulak anak-beranak tertidur T___T. Terus bergegas bangun bila tengok jam dah pukul 3 lebih. Kami nak ke Desa Cattle Dairy Farm. Memang rushing gila bersiap, nasib baik sempat jugak masuk sebelum waktu operasinya ditutup. Tiket masuk RM4 (kalau tak silap hehe)

Tapi bila sampai dah lewat tu, dairy products yang dijual dah habis yang tinggal cuma fresh milk. Belilah juga sebab nak rasa.

Masa sampai ni Aiden tidur, lepas tu kejut dia cakap nak tengok cow tak. Excited pakcik tu bila nampak banyak lembu.

:: Look. There. Cow. ::

:: My happy boy! ::

:: Sibuk panggil lembu macamlah lembu tu dengar ::

View kat sini Subhanallah, sangat cantik. No wonder orang panggil Kundasang ni as New Zealand Malaysia. Memang cantik sangatlah! :')

Kalau korang nak tengok cara susu diproses, silalah datang sebelum pukul 3 petang. Sehari ada 2 kali proses susu dibuat; pagi dan petang. Tapi yang sesi pagi tu tak sure open for visitor ke tidak sebab waktu prosesnya sebelum waktu operasi.

Lepas keluar dari Desa Cattle Dairy Farm, kami terus cari makanan sebaba kelaparan. Berhenti makan kat kedai hajah apa nama lupa siot -__-" kat pekan Kundasang. Area belakang KFC. Foods situ tak memenuhi piawaian tekaklah, tapi terpaksa hadap juga sebab tak nampak kedai lain. Masa OTW nak balik baru nampak ada kedai tomyam yang super besar kat lereng bukit. Rugi rugi.

Malam hari tiada aktiviti sebab takde aktiviti yang boleh dibuat. Pukul 6 dah gelap gelita, so kami tengok tv jelah dalam hotel room. Tidur awal sebab esok pagi dah bersusun aktiviti yang nak dibuat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...