24 Feb 2015

Kota Kinabalu Trip Day 4: Kundasang - Ranau - Kundasang

Berapa hari daa menulis nak kasi habis entries Kota Kinabalu? T___T

Hari ke-4, kami ke Ranau. Destinasi hari kr-4 adalah Poring Hot Spring, Tagal Fish Spa dan Sabah Tea Garden. Cuaca agak panas di Ranau. Kami sampai di Poring Hot Spring kira-kira jam 9 pagi, tapi bahang panas dah terasa sangat (mungkin juga beralihan suhu daripada tempat sejuk). 





:: Stress bangun-tidur-bangun-tidur ::

Umat manusia belum ramai lagi waktu kami sampai, sebab agak lengang kat entrance, car park pun tak banyak kereta. Tapi bila masuk, boleh tahan ramai juga manusia. 

Cuma agak kecewa bila masuk dalam, kat notice board tulis slide ditutup pada setiap hari Isnin. Tak dapat main slide, marilah membawa diri berendam dalam air panas. 

:: Anak katak ::

Swimming pool besar dah dipenuhi manusia. Ada sekumpulan umat conquer pool tu dengan gaya tak bagi orang lain masuk. Takpelah, mungkin itu kali pertama mereka jumpa swimming pool. Jakunese terserlah.

Kami bawa Aiden ke kolah persendirian (gittew) untuk berendam dalam air panas. Pandai-pandailah korang adjust air panas dan air sejuk masa fill in air dalam kolah tu. Tapi serius panas, kalau letak telur memang boleh masak. 

Kami terpaksa batalkan niat untuk menyeberangi jambatan gantung sebab bawa stroller sekali masa tu. Rugi juga rasa tapi tak apalah next time maybe :D


Kami teruskan perjalanan ke Sabah Tea Garden. Perjalanan daripada Poring Hot Spring ke Sabah Tea Garden mengambil masa lebih kurang 30 minit. Daripada simpang jalan tu memang tak nampak apa, husband aku siap tanya betul ke tempat ni? Seksa jugak naik kereta untuk sampai ke atas sebab jalan berbatu kerikil dan mendaki.

:: Sabah Tea Garden entrance ::


:: Sabah Tea Garden view ::

Gambar atas ni aku snap di kawasan restoren. Kami lunch kat situ, makanan adalah super sedap. Makan sedap sambil menikmati pemandangan yang cantik, couldn't ask for more :D

Did some shopping here. Beli teh Sabah sebagai buah tangan untuk family. Ada macam-macam jenis teh, ada yang berperisa tapi kami beli teh biasa je. Murah! Kihkih.

Next pit stop; Tagal Fish Spa. Terletak betul-betul bersebelahan dengan Sabah Tea Garden. Perlu bayar 2 yuran, yuran masuk dan yuran untuk cecah kaki dalam air (yang ni bayar kat dalam). 

:: Si penggeli ::

Kami paksa Aiden masuk dalam air. Dia tak mahu jejakkan kaki dalam air takut kena gigit dengan ikan kot. HAHA. Cehhh gelakkan anak padahal maknya pun memula menjerit-jerit bila ikan sentuh kaki. Geli siot T____T

:: Ikan Kelah si ikan mahal ::

Menurut orang tempatan, pantang larang kat sini adalah tak boleh cilok ikan dalam sungai ni. Kalau TERambil kena ganti balik seekor ikan dengan seekor ayam hitam. Aku lupa kesan dan akibatnya (akibat perap cerita lama sangat, certain benda dah lupa tsskkk).

:: Mangsa buli ::

Bila pakaikan selipar baru dia nak jejakkan kaki dalam air, siap acah-acah fish suruh datang. Cehhh kau.

Kira-kira jam 3:00 petang, kami bergerak balik ke Kundasang. Destinasi terakhir hari ke-4 adalah Kundasang War Memorial.

:: Kundasang War Memorial entrance ::




War Memorial ni dibina sempena memperingati askar British dan Australia yang mati ketika menjadi tahanan perang semasa Perang Dunia ke-2 dahulu. 

The Kundasang War Memorial (Malay: Tugu Peringatan Perang Kundasang) is a memorial located in Kundasang in the Malaysian state of Sabah, which is dedicated to the British and Australian soldiers who died in the Sandakan prisoner of war camp during their death marches to Ranau. Besides that, it also recognises the suffering and sacrifice of the native population of Sabah.

:: View from one of the gardens ::

Selesai meronda dalam war memorial ni, kami ke KFC untuk tapau dinner. Dinner kat hotel dan tidur. Kepenatan seharian berjalan. Next entry aku wrap up tentang percutian ke KK.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...