24 Feb 2015

Kota Kinabalu Trip Day 5: Last day

Entry wrap up travelogue ke Kota Kinabalu. Finally!

Hari terakhir percutian kami. Itinerary hari ini Kundasang - Kota Kinabalu - Johor Bahru.

Aku ajak husband gerak awal pagi supaya sampai awal ke KK (sebab Mak Jemah nak shopping, kalau gerak lambat nanti tak sempat nak perabih duit. Gittew macam banyak sangat duit phui). So sempena last day kat Kundasang, haruslah gigih pagi-pagi berposing mengejar sunrise kononnya dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

:: Kacak dan tegap, bukan Aiden tapi gunung kat belakang tu ::



:: Dilimpahi cahaya keimanan ::

:: "Woah, big mountain" ::

Hotel tempat kami stay tu memang terletak dalam pekan Kundasang. Turun sahaja ke jalan utama, boleh snap picture lawa-lawa. 

Sepanjang tempoh 3 hari 2 malam, kami menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa. Harga untuk 1 malam RM180 (aku minta govt rate kekeke). Selain hotel ni, 1 lagi hotel yang famous kat Kundasang ialah Kinabalu Pine Resort which is aku rasa view Gunung Kinabalu lebih clear daripada hotel ni (menurut testimonial kawan-kawan yang dah pernah pergi). Cuma rugi kat Mount Kinabalu Heritage Hotel ni aku tak minta chalet mount view. Kalau tak mesti pemandangan mantap!

Gambar-gambar di sekitar chalet (bilik tu jenis 'chalet')



:: Gabungkan katil tapi bergerak juga, kesian Aiden terselit kat tengah haha ::

:: Cukup selesa bilik ni untuk kami 3 beranak ::




Sebelum meninggalkan pekan Kundasang, kami sempat singgah di pasar tani untuk beli buah lemak, durian belanda dan kuih cincin. Idokkk lerrr nak dibawa balik ke JB, beli sebab abang aku yang kat KK tu kirim.

:: Next trip target; panjat Gunung Kinabalu ::

Sebelum tengahari, kami selamat sampai di Kota Kinabalu. Terus menuju ke Jamilah untuk beli pearl brooch and bracelet plus tshirt. Kat Jamilah harga memang mahal sikit berbanding pasar Kg. Air, tapi disebabkan pasar tu buka petang terpaksalah shopping souvenirs kat Jamilah sajo.

Kami balik ke rumah abang aku di Kem Lok Kawi untuk lunch dan pack barang sebelum bertolak ke airport. Percutian kami ke KK ni banyak mengelat sebab untungnya ada abang kat sana, boleh jimat duit sewa kereta, duit makan dan duit sewa hotel. Berapa banyak boleh jimat daa :P

Aku ada juga ajak abang aku untuk dinner kat luar, tempat famous dekat dengan Pasar Philipines tu tapi abang aku kata tak sedap dan tempat tu kotor. Tikur besar berkejar-kejaran ala-ala slumber party. Euwww T___T. So, kami beli bahan mentah, abang aku dan wife dia tolong masakkan. Lemak diternak dengan jayanya sepanjang duduk dengan abang aku LOL! *teguk air lemon*

:: view ketika hampir mendarat di Senai ::

:: Sunset ::

Alhamdulillah, cuaca balik sepanjang kami di Kota Kinabalu. Tempat-tempat yang kami nak lawat, 99% kami dapat pergi. Perjalanan balik daripada BKI to JHB pun smooth. Tapi kena extra charge sebab luggage kami exceed baggage allowance. Air Asia kannnnn, add on charges berpisah tiada *bitter ke apa kau ni?*

Nak buat cost breakdown pun kurang efisyen untuk dijadikan panduan kat korang sebabnya as I said, trip ni banyak mengelat sebab we all tak sewa kereta dan hotel pun bayar untuk 2 malam sahaja ketika di Kundasang. Duit memang banyak lebur untuk shopping sahaja >_<

Anyways, it was indeed a stress relief trip. Sepanjang tahun menghadap kerja macam orang takde life. Balik lambat. Tidur office. Kerja on weekends. This is how I reward myself and my family. Can't wait for our 2015 trips! :D

2 comments:

fadzilah ismail said...

hi.as salam.selesa x hotel tu?hows the toilet?

tq

cc said...

Fadzilah Ismail,
selesa n toilet was clean. sila pilih mountain view room ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...