5 Feb 2015

Makan Spot: Kari Kambing 40 Hari

Banyak nau azam tahun baru yang aku buat untuk blog ni. Laksananya entah jadi entah kan tidak. Takpe, berangan itu free :P

Ini satu lagi segmen yang dah lama aku tinggalkan dari blog ini. Tempat makan menarik yang perlu dikongsi bersama orang lain. Lepas kongsi, datang lagi sekali kau tengok ramai gila orang kat kedai tu terus kau rasa menyesal sebab share. Tapi tu orang lainlah, kalau aku yang share takde impak pun. Haha.



Spot makan ni kat tepi jalan Yong Peng-Ayer Hitam (luar lebuhraya). Kalau daripada lebuhraya, kena keluar exit Yong Peng Selatan head to Ayer Hitam. Tahun 2013 masa DPA tu ada jugak aku menyinggah makan kat kedai ni, tapi orang tak ramai. Boleh pilih seat dan makan dengan begitu tenang sekali. Pergi lagi beberapa kali masa weekdays (on the way nak pergi tengok projek, singgah sapedek dulu la dey) pun dapat makan dengan tenang sebab tak ramai orang. 

Latest aku pergi, cuti Thaipusam kelmarin. Ya Rabbi, penuhhh!!! Terpaksalah berdiri kat luar kedai sambil dukung anak dan buat muka kesian supaya orang yang dah nak habis makan tu cepat-cepat blah. Nampak je kelibat orang nak bangun, cepat-cepat mengendeng kat tepi meja. Chop meja :P (kiasu gila perangai bahahah).

40 minit lepas order baru makanan sampai. Sanggup tunggu sebab kari mbek-mbek dia memang tahap menjilat jari. Kat JB ni pun aku tak pernah makan kari kambing sedap macam ni (ini bukan sejenis exaggeration).

:: Mi rebus gearbox, antara menu wajib cuba::


:: Menu baru Nasi Arab ::

Menu Nasi Arab tu baru setahun ada kat kedai ni. Portion besar cukup untuk 2 orang makan, harga cuma RM12 (which is murahlah pada aku sebab Nasi Arab kat JB ni mostly RM16-RM24 sepinggan mengikut lauk. Kalau kambing biasanya mahal sikit). 

Kitorang kalau makan kat sini biasanya order nasi 1 portion, roti canai sorang sekeping. Hongeh tak ingat! 

Nama kedai : Kari Kambing 40 Hari
Lokasi : Jalan Yong Peng Ayer Hitam


Weekends is approaching, happy JJCM!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...