4 Feb 2015

Time flies

Last update pasal Aidenoshi dalam blog ni waktu umur dia 14 months. End of this month, he'll turns 2 years old. Ya Rabbi! Cepat betul masa berlalu (dan lama sungguh blog ini terabai hewhew).

Walaupun blog ini mungkin sudah tiada pembaca (akibat terlalu lama diabaikan), tahun ni aku berazam untuk lebih rajin. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.

Nak suruh throwback pasal anak teruna tu daripada umur 15-23 bulan memang tak dapek la. Mak dah banyak putus urat sejak beranak (padahal baru sekali je, over macam biasa khennn), manalah nak ingat setiap benda hihu.





:: Buah hati pengarang jantung ::

Kadang-kadang tu timbul rasa bersalah sebab rasa macam terlebihkan hal kerja daripada anak. Ada waktu-waktu yang menuntut aku berada di pejabat sampai lewat malam. Balik dah penat, nak layan anak pun dah takde semangat. Time tu memang kena tahan diri daripada termarah anak, kalau tidak sampai ke Subuh rasa bersalah tak hilang. Work life balance memang ke laut sekarang nih.

Bila anak nak masuk tahun ke-2 ni dah ramailah yang ringan mulut tanya bila anak aku nak beradik. Sengih ajelah, soalan tu aku anggap macam doa. Semoga ada rezeki nak menambah nanti :)

2 comments:

Syaz Rozelt said...

Besar dah anak..comel! Last dtg cni rasa masih baby lagi anak..

Suzie said...

ilyas nak masuk 4yo baru ada rezeki nak bagi dia adik

big boy dah aiden

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...