13 Mar 2015

Kidzoona, AEON Bukit Indah

JB takde Kidzania, tapi ada Kidzoona. Nama je hampir sama tapi fizikalnya langsung tidak sama. Walaubagaimanapun (pehhh), syukurlah jugak ada indoor playground ni untuk aktiviti riadah anak terunaku.

:: Usya awek ::

Kidzoona terletak di Tingkat 2, AEON Bukit Indah, Johor Bahru. Play area agak luas dan equipment/toys yang disediakan pun banyak. Aiden boleh membuas dalam tempat ni 2 jam non stop. Puaslah dia main semua benda.




:: Usya awek lagi? -___-" ::


Tajuk menu creamy corn soup, maybe.


Selesai masak, plating the food cantik-cantik ala 3 stars Michelin restaurant.


Jangan lupa basuh tools yang telah digunakan. Dapur tak boleh bersepah ya!

:: Takkan cara basuh periuk pun chef nak kena tunjuk? ::


Harga tiket masuk RM10/weekdays, RM15/weekends. Ibu bapa tak perlu bayar, anak sahaja yang dikenakan bayaran.

Plus point tempat ini sudah pastilah kerana berada dalam shopping complex. Sementara anak bermain sambil ditemani oleh bapa, ibu boleh membeli belah tanpa gangguan :D

Boleh dijadikan destinasi hujung minggu bersama anak-anak. Selamat berhujung minggu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...