26 Mar 2015

Rombongan Kak Kiah ke Krabi : Day 1

Flight tiket ke Krabi kami beli pertengahan Disember 2014. Masa tu MAS tengah buat promo RM301 return. Bagi aku dengan harga tu dah cukup murah dah. Naik MAS plus point-nya adalah dah tak perlu fikir luggage allowance dan makan dalam flight sebab all included. Aku tahu Air Asia punya tiket lagi murah, kalau ke Krabi biasanya RM100 plus time promo, tapi still kena tambah itu ini. So beza tak banyak sangat and we ended up choose MAS.

Rombongan kali ni ramai, 9 dewasa dan 2 kanak-kanak. Sepatutnya ada 13 adults, tapi 4 orang terpaksa tarik diri atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. So bergeraklah kami 2 kereta daripada JB ke Putrajaya Sentral menuju matlamat nak ke Krabi.

:: My happy and cheeky baby ::



Kami pilih untuk parking kereta di Putrajaya Sentral sebab kawasan parkir adalah berbumbung dan kadar parkir yang dikenakan adalah sangat murah berbanding di KLIA. ERL transit daripada Putrajaya Sentral ke KLIA hanya RM6.20. So dah jimat banyak kat situ.

:: Group photo bersama husband aku, husband orang dan si bujang-bujangans :P ::

Memang hassle free sangatlah especially untuk kami yang bawa stroller ni. Waktu menunggu ketibaan train lebih kurang 30 minit.

Sepanjang perjalanan daripada JB ke Putrajaya anakanda tak meragam. Tak lama lepas masuk kereta dia tidur. Kami gerak daripada JB 8:30 pagi, sampai di Putrajaya Sentral around 11:30 pagi. Husband aku cuma berhenti sekejap di R&R Ayer Keroh lepas tu berdesup balik atas jalan.

:: Matching is boring #takjelespun ::

Masa dah sampai Putrajaya Sentral, dapat SMS daripada MAS kata flight kami ke Krabi delay sejam. So, melenggang-kangkunglah kami kat Putrajaya Sentral. 

:: Flight status screen ::

Mungkin disebabkan pertengahan minggu, suasana kat KLIA pun tak berapa sibuk. Agak lengang dan check in counter pun tak ramai orang. Tak perlu queue pun. Sempatlah kami makan dan solat dulu sementara menunggu gate open.

:: Sementara menunggu boarding ::

Satu lagi plus point aku suka naik MAS sebab passenger with child akan diutamakan untuk berbaris terlebih dahulu. Yeay!

Flight ke Kuala Lumpur ke Krabi mengambil masa selama 1 jam 5 minit sahaja. Flight kami berlepas jam 4:20 petang, sampai di Krabi 4:25 petang waktu tempatan. (waktu di Thailand lambat sejam daripada Malaysia).

Selesai urusan di immigration dan kutip luggage, kami ke kaunter airport transfer daripada Krabi International Airport ke Ao Nang. Untuk 1 van, harga tambang adalah THB1,050, tapi entah macam mana orang kaunter salah kira waktu kami hulurkan THB600, dia pulangkan THB50 (patutnya dia minta lagi!). So total tambang teksi kami cuma THB550. Separuh daripada harga asal!

:: Menuju ke Ao Nang ::

Anak aku tidur tak ingat dunia punya. Daripada dalam flight sampailah ke hotel dia bantai tidur. Dalam gambar tu, elok dia tidur melekap kat papa dia macam anak koala.

Kami menginap di KL House, Ao Nang. Murah je total kiraan per person adalah RM150 untuk 3 malam. Lepas selesai proses check in, kami naik ke bilik untuk tukar baju dan get ready untuk dinner. 

:: Tengah nego harga tambang teksi ::

Brader tuk-tuk ni offer THB300 untuk bawa kami ke tempat makan yang kami nak. So, dengan persetujuan semua kami sepakat untuk makan di May & Zin Restaurant. Bila tunjuk gambar dan bagitahu address, brader ni bersungguh kata dia tahu tempat tu kat mana. Tapi bila cari tak jumpa-jumpa. Kami dah kepanasan dan kelaparan T___T. Tapi usaha yang gigih pasti membuahkan hasil. Brader tu call owner kedai (daripada gambar dalam google) dan akhirnya kami sampai jugak ke May & Zin Restaurant. Dia selalu sangat lepak kat area kedai ni tapi dia tak tahu nama kedai. Tsskkk.

:: Recommended by TripAdvisor ::

Kami sampai ketika peak hour. So, order dapat lambat tapi penantian adalah sesuatu yang berbaloi. Foods sangat sedap dan MURAH!!! *menangehhh*

Lokasi May & Zin Restaurant ni dekat kawasan The Plaza. 

:: Dinner for 4 ::

Kami order siakap stim limau, sayur asparagus, soft shell crab, ayam gajus dan 5 pinggan nasi putih. Sedang elok je portion tu untuk 4 orang makan. Total THB750. Tak ke menangehhh? Heaven wehhh! Super cheap yet so delish.

Air minum kena order kat kedai sebelah sebab May & Zin cuma prepare foods. Fresh coconut THB40 sahaja. Puas hati sangat sebab makan best!

Lepas makan, pusing-pusing kawasan plaza. Banyak kedai ie Adidas, Converse, etc. Tepi jalan banyak orang jual souvenirs. Ada live band. Memang happening!

:: Live performance @ The Plaza, Ao Nang ::


Sambil jalan-jalan, sambil survey package untuk ke Phi Phi Island. Hotel offer THB1100/person. Nego pun tak dapat kurang. Kami dapat beli kat kawasan The Plaza ni THB1000/person. Kenyang. Penat. Menangantuk. Ambil tuk-tuk balik ke hotel terus membuta. Esok pagi-pagi dah kena get ready untuk island tour.

Bersambung!

1 comment:

Suzie said...

menarik! can't wait for more posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...