29 Mar 2015

Rombongan Kak Kiah ke Krabi : Day 2

Cerita rombongan Kak Kiah ke Krabi bersambung...

Hari ke-2 dimulakan dengan solat Subuh tak berjemaah. Lepas solat Subuh, terus bersiap untuk memulakan aktiviti hari kedua iaitu Phi Phi Island Tour. Tuk-tuk dijadualkan akan pick up kami di hotel jam 8:30 pagi. So, pukul 7:30 pagi kami dah bersiap untuk keluar mencari breakfast. 

Kami ambil tuk-tuk motor daripada hotel ke deretan kedai makan halal berhampiran dengan Ao Nang Mosque. Tak jauh pun daripada hotel, kalau nak berjalan pun boleh tapi menyenangkan 'handbag' aku yang seberat 12kg itu perlu digendong, niat berjalan kaki tu terpaksa dilupakan saja. Bayar tuk-tuk pergi dan balik THB40 seorang. 

:: Gerai makan halal di Ao Nang berhampiran masjid ::


Kat sebelah gerai makan ni, ada stall menjual makanan halal juga. Boleh beli di stall tu and makan kat gerai dalam gambar tu. Ada nasi ulam dan nasi goreng pedas warna kuning. Nasi goreng tu sedappp gila! Nasi goreng dengan ayam goreng berempah THB60. Macam mahal kan tapi takpelah sedap T___T. Did I tell you, foods kat sana sedappp?

:: Budak penyuka haiwan ::

Sipi-sipi nampak orang tengah beratur beli nasi kat stall yang aku cakap tu. Ramai juga orang Malaysia tengah beratur sama beli breakfast.

:: Masjid Ao Nang ::

Malam-malam, depan Masjid Ao Nang ni penuh dengan stall makanan. Budak kat hotel kami duduk tu ada bagitahu, kalau nak breakfast halal sedap boleh cari di gerai makan opposite petrol station berhampiran masjid ni. Tapi we all tak sempat nak cuba.

:: Mari naik tuk-tuk! ::

:: Group photo ::

Tuk-tuk datang pick up kami di hotel jam 8:45 pagi untuk ke pantai Ao Nang. Berhimpit dalam tuk-tuk macam ikan sardin sebab angkut ramai orang. Sporting je minah saleh dalam gambar tu bila kami ajak bergambar sama :D.

Perjalanan daripada hotel ke pantai Ao Nang mengambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja.

:: Sorang baju ketat, sorang baju gedobor hihihi ::

Bila dah berkumpul kat Ao Nang Beach, kami dibahagikan kepada kumpulan mengikut tour package yang dibeli. Phi Phi Island satu group, 7 islands satu group dan 4 islands satu group. Lama jugak menunggu kat sini sebelum dibawa ke bot. Around 10 pagi barulah kami diminta untuk ikut tour guide ke bot yang telah disediakan.

:: Barisss, barisss sedia ::

Berpuluh-puluh bot beratur kat gigi pantai nak angkut pelancong ke pulau. Excited dan tak sabar nak tengok air laut warna turquoise!

Pit stop pertama di Bamboo Island. Aktiviti berenang sahaja, bukan snorkeling (tak tahulah kenapa tour guide kata tak boleh snokeling sebab tengok dalam ads boleh je snorkeling kat sini). SubhanaAllah air lautnya sangat jernih. Pantai pun bersih. Walaupun ramai orang, air maintain je cantik.

:: Gigi pantai di Bamboo Island ::

:: Berlatar belakangkan laut dan berpijakkan pasir halus yang panas ::

Aku tak join jadi dugong kat sini :P sebab anakanda ketiduran. Duduk bawah pokok sambil memangku si tonjang tu sekaligus jadi tukang penjaga barang. 

Pit stop ke-2; Viking Cave. Ni takde terjun dalam laut, just menikmati pemandangan dan ambil gambar daripada atas bot.

: Viking Cave ::

Pit stop ketiga; Loh Samah Bay. Tak turun air juga. Bot just pusing kat area tu untuk ambil gambar. Aku perasan ada je tourist yang turun berenang. Entah tour package yang we all ambil ni memang pemalas nak bagi tourists turun mandi manda ke memang tak termasuk dalam package? T___T

:: Loh Samah Bay ::



Pit stop keempat; Pileh Bay. Sama juga tiada aktiviti snokeling atau swimming. Kami hanya ambil gambar daripada atas bot. Kat sini memang untuk sightseeing saja.

:: Pileh Bay ::


Pit stop kelima; Maya Bay. Tempat ni jadi super famous lepas jadi lokasi penggambaran The Beach lakonan Leonardo Decaprio. Aku pernah tertengok cerita tu tapi tak habis. Tak tahu apa ending hewhew. Kat sini aktiviti yang boleh dibuat adalah berenang dan cuci mata :P

:: Cuci mata dalam laut pedih sebab air masin. Cuci mata atas laut lagi pedih :P ::


Aiden seronok gila dapat masuk dalam air. Walaupun banyak tertelan air masin, takde dia melalak ke ajak naik ke darat. Budak ni memang dari kecil suka air. First time bawa dia masuk swimming pool masa 6-7 bulan, memang dah nampak ciri-ciri suka air tu.


Tapi sekarang ni dah besar dia jadi mentakut sikit especially kalau kita acah-acah nak lepaskan dia apungkan diri sendiri dalam air. Kena train buat water confident balik untuk hilangkan penakut dia tu :D

:: Tunggu bot datang balik untuk pick up ke lokasi seterusnya ::

Pit stop keenam; Phi Phi Don. Lunch kami disediakan oleh The Andaman (dah termasuk dalam tour package). Masa kat sini lupa nak ambil gambar. Lepas makan terus naik bot T___T.

Pit stop terakhir di Hin Klarng untuk aktiviti snorkeling. 

:: Anak koala papa ikut terjun dalam laut ::

Nasib baiklah husband aku handal berenang, jadi dia confident untuk bawa Aiden masuk dalam air. Tapi dia kata susah juga nak pegang Aiden sebab budak tu tak reti diam.

:: Landak laut ::

:: Ikansss ::

:: Kaki orang bukan kaki aku :P ::

Coral kat Hin Klarng ni takde la cantik mana. Takde coral berwarna. 

:: Hong Island di kejauhan. Antara landmark yang famous kat Krabi ::

Nak dijadikan cerita, masa we all on the way nak ke pit stop ketiga atau keempat, bot yang kami naik langgar gelombang air dan seorang tourist (berpangkat nenek) dalam bot kami terjatuh daripada seat. Dia duduk kat bahagian depan, so jatuh terduduk ke lantai. Kuat juga jatuhnya. So sepanjang jalan tu dia melepek je kat bot, kami turun makan dia stay dalam bot. So, setiap pit stop waktu liburannya sekejap-sekejap sahaja sebab tour guide nak habiskan awal demi nenek itu.

:: Tempat bot berlabuh ::

Aktiviti kami tamat jam 2 petang. Air dah surut masa ni kat Ao Nang. Hampir tak cam kawasan ni sebab masa pergi awal pagi air masih pasang.

Kami sampai semula ke hotel pukul 4 lebih. Terus naik ke bilik untuk mandi dan berehat sebelum keluar semula untuk dinner.

:: Anti sosial sangat! ::

Lebih kurang pukul 6 petang, we all ambil tuk-tuk untuk ke Ao Nang beach semula. Matlamatnya cuma satu nak makan famous pancake kat kedai Yaminlah. Nama je pancake tapi sebenarnya roti canai yang diletakkan macam-macam jenis filling. 

:: Makcik Yaminlah (kot? hehe) sedang beraksi di dapur ::

Masa kami sampai, orang sangat ramai so kena queue lama jugalah. Peak hour orang keluar cari makan kot? Aku order banana pancake with Nutella dan egg pancake with cheese. Sengaja ambil satu savory, satu sweet. Each pancake THB40. SEDAAAAAPPP please!!

Lepas tu order pula crispy. Roti canai yang dicanai dan dipotong-potong, digoreng garing kemudian drizzle dengan susu dan gula. Simple je tapi sedapnya makan panas-panas *telan air liur*

:: Rupa paras crispy yang atas tengah ::

Landmark kedai pancake Yaminlah ni adalah balai polis. Betul-betul berhadapan dengan balai polis. Sederet kedai pancake Yaminlah ada beberapa lagi kedai halal yang lain jual sausages, ayam goreng, air, etc. Landmark lainnya ialah Krabi Resort. Kalau daripada Krabi Resort tu, kena jalan sikit dalam 50 meter.

Sebenarnya tak puas tengok laut. Kalau ada rezeki pergi Krabi lagi, nak ambil sunset island tour, 7 islands or 4 islands pula. *berangankan free* Tak dapat nak ke mercu landmark Krabi (ie Phang Nga Bay - seketul batu berdiri yang famous tu) hari tu sob sob.

Tamat aktiviti hari kedua. Hari ketiga kami buat aktiviti darat. Bersambung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...