16 Apr 2015

Jiran

Hidup berjiran ni kan ada adabnya.
Kalau bergaduh suami isteri, nak meninggi suara, nak lempar barang ke nak memaki hamun siapa-siapa pun, ingatlah kat rumah sebelah tu ada orang bergelar jiran.
Bila lupa, itu yang payah.
Habislah segala maki hamun jiran sebelah dengar.
Ungkit-ungkitan celah bedah semua keluar.
Kita si jiran ni pula yang segan mendengarnya.




Dalam kes ni, si suami yang diharuk.

Esok paginya, terserempaklah pulak dengan si suami tu pagi-pagi masa nak pergi kerja.
Alahai, terkulat-kulat muka dia.
Yang kita ni pulak, teringat-ingat segala maki hamun yang isteri dia hamburkan semalamnya.

Kalau 'bersama' boleh senyap, gaduh pun patut macam itu jugaklah.
Keep it among yourself konsepnya.

Sekian.
Jiran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...