6 Apr 2015

Rombongan Kak Kiah ke Krabi : Day 3

Kemalasan sungguh nak menghabiskan entry cuti-cuti ke Krabi. I lost my writing mojo somewhere, last week. Jadi, mengambil semangat minggu baru marilah kita mengarang cerita (sebelum penyakit M hinggap semula).

Hari ke-3 kami di Krabi, kami sepakat untuk buat aktiviti darat. Kami book Jungle Tour package under hotel THB1000/person. Mahal kot? Sebab pernah baca review di blog orang lain, ada yang boleh dapat THB800. 



Pagi ni kami breakfast kat Adam's Bungalow (dalam pic bumbung hijau tu). They serve halal foods. Kedai ni seberang jalan je daripada hotel yang kami duduk iaitu KL House. Tapi breakfast menu depa tak best sangat. American breakfast je yang ada. Menyesal tak pergi kedai semalam, nasi goreng kuning meletop-pedas-gila-tapi -sedap. Fuhhh! *telan air liur*

Aku ambil 2 breakfast sets; tuna sandwich and coffee THB130, satu lagi omelette and coffee THB90. Mahal jugak kan? Menyesal 2x tak pergi gerai sebelah masjid. Hewhewhew.



Tour van datang pick up kami kat hotel pukul 8:50 pagi. Bersama-sama kami pada hari tu sepasang couple daripada Malaysia dan sepasang couple daripada South Africa.

First pit stop, kami ke Tiger Cave Temple. Honestly, kalaulah tak ambil package, memang kami skip tempat ni. Disebabkan dah ada dalam package, pusing-pusinglah jugak dalam kawasan ni. Orang macam pelik kot tengok muslims masuk temple. Masa sampai tu Aiden tidur, so tak larat nak dukung dia ke hulu hilir, aku mintalah permission daripada sorang sami Buddha tu untuk pinjam kerusi. Dia tak bagi  siap cakap "But you're not Buddhist, you're muslim". Gituuu. Setepek. T___T

Mula-mula kitorang nak bawak stroller Aiden, sekali tu tour guide sound "We are going to jungle trekking, why do you want to bring this?" pointing at Aiden's stroller. So tak jadi bawak, tinggal kat lobby hotel. Sekali tu bila dah sampai sini, celah mana jungle kauuuuu kan? Memang menyesal tak bawak stroller. Ohh lupa nak bagitahu, tour guide yang kami dapat untuk jungle tour ni bapaklah garang! Couple South Africa tu gelarkan dia crazy man. Kihkihkih.

:: Tiger Cave Temple from another view ::


Untuk sampai ke puncak, kena daki 1200 anak tangga (kalau tak silap). Memang tak kuasalah nak naikkan. Aku siap cakap kat husband, kat Malaysia nak pergi masjid pun malas, kat sini rajin sangat nak daki anak tangga tengok kuil khennn. Setepek gituuuu :P

:: Gigihlah korang adik-adik, sila panjat sampai atas! ::

Aiden ni memang jenis budak tak takut dengan haiwan. Kat kuil ni banyak monyet, selamba je dia pergi dekat dengan monyet, nak pegang. Nampak anjing, anjing pun nak dipegang. Tapi anjing tu pun macam tahu je yang datang dekat tu budak, dia tak bergerak pun. Aku je yang kelam kabut tarik Aiden tak kasi pegang anjing. Kang satu kerja pulak nak kena samak bagai. Koserrr.


:: Kanak-kanak mesra haiwan ::

:: Salah satu harimau batu dalam kuil ::

Selesai Mat and Minah Saleh South Africa tu turun daripada atas, we all terus gerak pit stop ke-2 iaitu Elephant Ride di luar daerah Krabi (aku lupa apa nama daerah tu). Jauh juga perjalanan daripada Tiger Cave Temple nak ke tempat gajah.

Aiden punyalah excited bila nampak gajah. Anak member aku lagilah excited sebab memang fav animal dia gajah. We all dapat naik mak gajah yang ada anak. Sepanjang perjalanan anak dia tag along. Cute sangat! 

:: First time naik gajah - semua ::

:: Elephant ride trekking ::

Aiden dok berzikir "Baby phen" (baby elephant) sepanjang jalan., setiap kali nampak kelibat anak gajah tu kat bawah. Panas berdenting masa naik gajah ni sebab tengahari. 

:: Gajah berendam ::

Masa masuk air ni memang nampak sangat fe'el budak-budak kat anak gajah tu. Dia main sembur-sembur air. Comel je. Nasib baiklah besar, kalau tak dah gomol *penakut sebenarnya*. Tempat naik dan tempat turun daripada tempat yang sama. Satu pusingan elephant ride ni ambil masa lebih kurang 30-40 minit.

:: Comel kan anak dia tu? ::

Lepas dah turun, boleh beli pisang untuk feed the elephant. Ala-ala tips untuk gajah tu la kononnnya. Tak sempat nak snap time Aiden kasi gajah makan sebab pisangnya seketul je kekeke. Tapi dia memang beranilah, rileks je hulur pisang bagi gajah makan.

Kami lunch di kedai bersebelahan dengan kawasan elephant ride. Masa ni memang dah lapar gila, dapat nasi putih panas-panas berlaukkan Thai green curry, tom yam, cashew nut chicken & sayur kailan goreng memanglah heaven. Beras Thai sedap! Tidak terlalu sticky macam beras wangi tu, tapi sedap. Even nasi goreng tepi jalan pun guna beras tu. Kat sini mana nak dapat beras sedap camtu guna untuk nasi goreng tepi jalan.

Pit stop ke-3 ialah Emerald Pool. 

Nak ke Emerald Pool ni (once dah sampai sana maksudnya, bukan atas jalan raya lagi) ada 2 jalan. Satu jalan cantik (walkway), satu lagi kurang cantik. So lepas tour guide bagi taklimat aku tanyalah "Which way is nicer?" So dia tunjuk jalan yang kanan. Bergeraklah kami ikut jalan yang tu. Nicer memanglah iya tapi jauuuuhhh. Ikut jalan cantik 1.4km. Keliling boleh nampak paya dan walkway atas air. OTW balik, kami ikut jalan biasa which is cuma 800m aje from jalan masuk. Jimat 600m woiii T___T.

:: Antara view sebelum sampai ke Emerald Pool ::

Bergiglir-gilir aku dengan husband gendong Aiden yang ketiduran. Tapi aku mengelat sikit sebab time aku dukung, aku kejut suruh Aiden bangun. So dia jalan sendiri kekeke. Menyirap je laki makkk.

:: Emerald pool ::

Saranan aku, kalau korang nak pergi ke Emerald Pool ni silalah datang awal pagi time tak ramai orang. Kalau tak, memang takde seleralah nak terjun dalam pool ni sebab penuh sangat. Aku malas nak berkubang, so untuk membunuh masa aku decided untuk follow the walkway sampai ke Blue Pool. Aiden papa dia layankan berendam dalam pool :D

:: Mari menuju ke Blue Pool! ::

Takde signboard tulis berapa jauh nak ke Blue Pool daripada Emerald Pool ni. Aku assume dekat sajork sekali tu hambikkk kau, hongeh juga nak sampai ke destinasi. Terus teringat zaman DPA kena masuk hutan masa modul OBS.

Jalan punya jalan punya jalan punya jalan... (sempat tanya how far kat tourist yang on the way balik daripada Blue Pool),

:: Macam tak jauh lagi sebenarnya jauh tskkk ::

Akhirnya...

:: Blue Pool dihadapan ::

...sampaiiii!!! Phewww! *lap peluh*

:: Blue Pool ::



Tapi kat Blue Pool ni tak boleh berenang ya, sebab pasir selut. So, penat-penat jalan macam nak gila tadi tu reward-nya ialah boleh tengok pemandangan je. Haha! Bila dah sampai tu rasa monyosol pun tak guno.

Sebelum entrance/exit (tempat yang sama) ke Emerald Pool ni ada deretan kedai jual snacks. We all beli fruits smoothie, coconut ice cream dan mangga. Murah je sebiji mangga siap potong THB30. Buah-buahan kat sana memang murah kot? Kat Malaysia buah lebih mahal daripada junk foods. How la nak pilih makanan sihat? :P

Destinasi terakhir adalah hot spring. Uniknya tempat ni, air terjunnya panas, bila sampai ke paya, sejuk.

:: Hot spring entrance ::

:: Air sejuk ::

:: Air panas ::

Kat sini aku rendam kaki dalam kolam air panas. Legaaaaa dapat kurangkan sengal dan penat berjalan ke Blue Pool tadi. 

Daripada hot spring nak balik ke Ao Nang, ambil masa agak lama. Sejam lebih. Semua terbongkang tidur dalam van. Penat! Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 5 petang. Naik bilik terus mandi, siap-siap pukul 6.30 petang turun bawah semula untuk ke Krabi Night Market. 

Kami ambil tuk-tuk daripada Ao Nang ke Krabi return THB900 untuk 9 orang. Perjalanan lebih kurang 30 minit. Krabi Night Market cuma dibuka 3 hari dalam seminggu iaitu Jumaat hingga Ahad. So, hari terakhir kami kat sana ialah Jumaat, sempatlah ke pasar malamnya.

Kat Ao Nang pun ada night market tapi ramai kata souvenirs ie tshirt agak mahal. Cheapest you can get memang from Krabi Night Market-lah! Pasar malam depa lain sikit daripada pasar malam kat Malaysia. Siap ada stage for live performance (ala-ala mencari juara karaoke), break dancing, etc. Kat bahagian tengah (depan stage) ada disediakan meja dan kerusi untuk makan. So, beli foods from stalls then tapau makan kat meja. Syok juga!

Tak susah nak cari makanan halal, kat pasar malam Krabi tu je rambang mata nak pilih nak makan apa. Ada nugget ikan secucuk THB5. Murah dan sedap! Kalau ikut nafsu, memang nak beli macam-macam. Hehe.

:: Salah satu kedai souvenir kat Krabi Night Market ::

Selesai makan, sambung round pasar malam untuk cari souvenirs. Harga sehelai tshirt THB100 sahaja. Quality wise. Pada aku murahlah sebab beli tshirt kat Kota Kinabalu sehelai RM20. Batu pakai sekali, dah koyak kat ketiak. Benciiii T____T.

Pekan Krabi takde apa. Selain daripada night market ni, pekannya mati. Kedai pun tutup awal. Berbeza sekali dengan Ao Nang yang happening dan kedai dibuka sehingga jam 1-2 pagi. 

Next entry aku akan share beberapa tips yang boleh korang aplikasikan untuk menjimatkan belanja kat Krabi. Doakan supaya aku tak malas macam minggu lepas. Heheh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...