6 Apr 2015

Rombongan Kak Kiah ke Krabi : Day 4

Day 4 ni hari pergerakan balik je. Takde buat any activities sebab flight balik kami pukul 9:35 pagi.

:: Tempat penginapan::

Kecil je hotel yang kami duduk ni; KL House Ao Nang. Tidak sefemes Goodwill Hotel yang ramai gila orang Malaysia duduk tu (based on good reviews from people's blog). Tapi lebih dekat dengan pantai Ao Nang berbanding dengan Goodwill. Not much to complaint since we only pay RM150/person for 3 nights. Bilik pun untuk tidur je since waktu siang memang kami pulun habis buat aktiviti. But next visit, nak try duduk hotel yang menghadap pantai Ao Nang betul. *berangan*



Untuk airport transfer, kami book dengan hotel. THB800 one way ke airport untuk 1 van. Van datang pick up at 6:15 am dan 30 minutes after we reached Krabi International Airport. Jalan lengang waktu pagi, perjalanan smooth je.

:: Group photo again and again ::

Check in agak lembap tak macam di KLIA. MAS flight was managed by Thai Airways. Even queue nak boarding tu pun huru hara, kurang cekap pengurusannya pada pendapat aku.

:: Jakun dengan screen besar kat airport >__< ::

Flight balik tak delay macam flight pergi. Flight pun tak penuh tak macam flight air asia hehe. Tengok queue Air Asia, mak aihhh berpeluh! Aku ada tanya sorang adik yang kami jumpa since kat island tour masa second day tu (kat airport pun jumpa, flight kami on the same day tapi dia naik Air Asia). Dia beli tiket RM100 plus tapi include meal and baggage total over RM200 jugak. So takde la jauh beza sangat dengan MAS. Tapi kalau dapat grab flight ticket masa Air Asia buat promotion memang berbaloilah especially yang free seat tu. FYI, aku dimaklumkan MAS nak discontinued route ke Krabi. Bulan Mei ni last.

:: Let's go home! ::

Overall, aku puas hati dengan trip ke Krabi ni. Tapi tak puas sebab banyak tempat tak sempat nak explore. Kalaulah diberi masa seminggu kat sana.... syioknya! *berangan lagi*

Next entry, total expenses trip to Krabi and few tips yang berguna untuk korang yang bakal pergi ke Krabi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...