7 Apr 2015

Rombongan Kak Kiah ke Krabi : Total expenses

Total expenses breakdown sepanjang perjalanan untuk ke Krabi dan ketika berada di Krabi untuk tempoh 4 hari 3 malam. Expenses untuk shopping tu optional lah ye.


Hari pertama: RM47.70
ERL Putrajaya - KLIA RM6.20
Airport transfer Krabi - Ao Nang (THB61 @ RM7.20 - sepatutnya THB117 tapi orang kaunter tu salah kira. Kami anggap ini adalah rezeki hewhewhew)
Tuk-tuk THB63.3 @ RM7.50
Dinner (makan THB750, minum THB160 untuk 4 orang) = THB227.5 @ RM26.80





Hari kedua : RM161.40
Tuk-tuk (pergi balik breakfast) THB40 @ RM4.70
Breakfast THB80 @ RM9.40
Phi Phi Island Tour THB1000 @ RM117.60
Dinner (lost count sebab beli banyak benda kat kedai pancake Makcik Yaminlah dan kedai sebelahnya). Agak-agak RM25
Tuk-tuk balik ke hotel THB40 @ RM4.70


Hari ketiga : RM282.30
Breakfast THB130 @ RM15.30
Jungle Tour THB1000 @ RM117.60
Tuk-tuk ke Krabi night market return THB900 @ RM105.90 (RM11.80/person)
Dinner kat pasar malam (beli macam-macam sebab tamak lol!). Anggaran RM20
Souvenirs THB1000 @ RM117.60


Hari keempat : RM30.8
Airport transfer THB800 @ RM94 (RM10.50/person)
ERL KLIA - Putrajaya RM6.30
Parking fee RM14 (murah gila kan?)

Flight ticket MAS return RM301
Hotel  for 3 nights (hotel bagi diskaun sebab kami book in group) RM150/person

Grand total : RM973.20

Kadar pertukaran THB100 = RM11.76 - mahal sebab tukar kat Ao Nang
Kiraan untuk tuk-tuk dibahagikan kepada 9 bersamaan dengan jumlah ahli rombongan.

Percutian paling tak banyak kos so far. Trip ke KK last December lagi banyak spent daripada trip ke Krabi ni.

Tips nak lebih berjimat.
  • Kalau korang plan untuk ambil Jungle Tour, aku cadangkan korang ambil van untuk sehari (plus point kalau datang in group) sebab kos sewa van (beserta driver of course!) cuma THB3000. Itinerary boleh buat sendiri. So bolehlah ke Emerald Pool waktu pagi. Instead of ambil tour package THB1000/person.
  • Kalau flight korang sampai ke Krabi waktu pagi, petang tu dah boleh ambil island tour. Try sunset tour. So dah untung sebab first day sampai dah dapat buat aktiviti. 
  • Try beli 2 islands packages serentak dan jangan lupa nego. You might get discount up to 20%-30%. Ie: sunset tour THB1000, Phi Phi Island tour THB1000. Kalau combine 2 packages, mungkin boleh dapat THB1500 sahaja.
  • Better tukar duit kat sini sebab rate tinggi sikit berbanding kat Krabi
  • Nego, nego dan nego! Asah skill tawar-menawar anda ketika nak naik tuk-tuk, beli tour package, dll.

Happy planning and happy travelling uols!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...