22 Jul 2015

Beraya dulu dan sekarang

Duluuuuu, kalau cakap pasal beraya mesti kita bayangkan pergi jalan rumah saudara mara atau kawan-kawan lepas tu makan biskut raya, minum-minum, sembang-sembang, lepas tu balik. Sehari tu dapatlah 5-6 rumah.

Sekarang, kalau kata kawan nak mai beraya, mesti kita sebagai tuan rumah sibuk nak fikir nak masak apa untuk tetamu. Kalau aku, tak kisah kena masak-masak sebab suka orang datang rumah. Ini untuk kes yang nak datang dan bagitahu awal. Kalau last minute bagitahu, samada sempat 'masak' kat kedai atau jamu ajelah apa yang ada. Goreng kuih frozen ke. Paling tidak, biskut raya. Bila lagi nak kumpul dengan kawan-kawan, especially yang duduk jauh dan jarang jumpa. Tunggu hari raya jelah baru nak bersembang panjang.


Tapi, ada juga jenis tuan rumah tak suka bila terpaksa meleceh kat dapur untuk prepare foods. Ikut masing-masinglah. Jangan pula kita sebagai tetamu yang demand minta si tuan rumah masak itu ini. Kalau dah bagitahu awal pun, tapi tuan rumah memang jenis yang tak hidang tetamu dengan makanan berat, pun tak apa. Kita sebagai tetamu yang datang, niat nak datang tu kan untuk beraya. Bukannya semata-mata nak makan. Betul tak?

Tak sedaplah kalau sampai tuan rumah up statement kat media sosial dia terasa seperti terpaksa bersusah payah kena prepare foods untuk tetamu. Kalau kita sebagai tetamu, baca statement macam itu daripada tuan rumah, tak ke terasa hati? Vice versa, tetamu yang datang up statement kat media sosial si tuan rumah ni cuma hidangkan biskut raya dan air oren bodo. Punnnn satu hal. Elok-elok bulan raya ni nak bermaaf-maafan, dah jadi kes kesentap-sentapan pulerrr.

Amalan kunjung-mengunjung @ beraya tu dah bagus sangat diteruskan. Jangan rosakkan dengan benda-benda tak berfaedah, tolong ya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...