22 Jul 2015

Dominasi warna baju raya


Disebabkan minggu pertama Syawal ni hakak tak pergi berjalan ke mana-mana. Makanya, hakak selaku pemerhati bebas (lantikan sendiri!) di news feed  FB dengan ini mengisytiharkan bahawa tema baju raya tahun 2015 didominasi oleh warna biru diraja (royal blue). 

Dalam timeline FB tu, orang dok post baju raya depa pakai raya pertama penuh dengan warna royal blue. Nasib baik hakak suka biru, so takde la sakit mata. Cuba menuh warna pink? @_@

Mujur hakak dah pakai warna royal blue ni 2 tahun lepas. Kalau tidak hakak pun join sekali geng biru tahun ni. 

:: Syawal 2013 ::

Syawal pertama beraya dengan si Aidenoshi. Hakak pakai batik corak abstract, manakala kanda ahbang dengan anakanda pakai Baju Melayu Teluk Belangan. Johor sangat!

Tahun lepas, hakak sekeluarga pakai warna emerald green masa raya pertama. Raya ke-2 kat kampung, pakai warna kelabu. Takdak gambar bertiga anak-beranak yang diupload dalam media sosial, malas nak kelebet cari. 

:: Syawal 2015 ::

Tahun ni hakak sekeluarga memilih warna merah bata sebagai tema baju raya. Macam warna copper pun iya jugak, kan?

Asalnya nak cari tudung yang sama warna dengan lace dekat hujung lengan baju tu, tapi mak aiii susahnya nak jumpa sebab light sangat warna peach tu. Hakak beli shawl daripada butik apa entah kat Uda Business Centre, 3 hari sebelum raya. Dah macam Jalan TAR ye UBC tu! Nasib baiklah kanda ahbang sudi melayan, nak juga dia drive despite manusia yang berbondong-bondong kat sana. Sesak. 

Menapaklah hakak dengan gigihnya keluar masuk daripada satu kedai ke satu kedai. Tak cerewet, jumpa je yang matching hakak sambar. Bayar. Balik. Next year tobatlah. Lepas beli kain, terus cari matching shawl/tudung. Tak mau dah beli last minute macam tahun ni. 

Wahhh, puasa 6 pun belum start buat dah fikir pasal raya tahun depan? Perangaiii.

1 comment:

Has78 said...

Selamat Hari Raya to cc & family. Maaf Zahir Batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...