8 Jul 2015

Ramadhon 1436H

Sekejapan je dah masuk fasa terakhir puasa tahun ni. 
Banyak benda berubah kalau nak bandingkan dengan puasa tahun lepas.
Puasa tahun ni Alhamdulillah lebih matang (aku baca posting kat FB tanda kau dah matang bila kau takde baju raya, kasut raya, etc. raya :P)

Persiapan raya untuk anak je lebih.
Biasalah, bila dah jadi mak...semua benda pun ingat anak dulu.
Nak buat apa-apa semua ingat anak.
Sebab apa yang kita buat tu kalau tak terkena kat diri sendiri, tempiasnya ke anak.
Setuju?

Hari tu, on the way ke office dengar Sinar.fm.
Kebetulan pagi tu tetamu jemputan DMFK, dia kata dalam bulan puasa nilah kita nak jadi baik.
Kalau time bulan puasa pun tak reti nak jadi baik (walaupun syaiton dan iblis dah kena ikat!), maknanya diri kita sendirilah syaitonnya.
T____T

Time bulan puasa ni, ringan je badan nak solat.
Kalau tidak, aihhhh.
Macam mana nak buat setiap bulan pun macam bulan Ramadhon?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...