11 Aug 2015

Berkira dengan anak?

Cerita pasal car seat anak. Isu dah lama tapi selalu berbangkit. Kan banyak sekarang kes baby meninggal sebab tercampak keluar daripada kereta during accident. Jadi major issue lepas baby maut during accident kat Jalan Duke (yang Myvi 6 ketul racing tuuuu). Lepas tu barulah public speak out pasal kepentingan child car seat to prevent child death or major injuries during accident. Then, barulah govt keluarkan statement akan wajibkan penggunaan car seat pada tahun 2019.

Pada pandangan aku...


...negara kita ni terlalu lambat nak aktifkan penguatkuasaan mewajibkan penggunaan child car seat tu. Tapi yelah kan, before nak kuatkuasakan undang-undang, banyak aspek yang perlu dikaji. Kebanyakan negara maju lain dah implement mewajibkan pengunaan child car seat. Contohnya, Australia. Kalau travel ke sana, jangan berani-beranilah tak pakaikan anak car seat, memang mengundang untuk disaman.

Us as parents to our child, kesedaran tentang keselamatan anak ketika berada dalam kereta tu sendiri kena ada. Kalau mampu tukar sport rim kereta sampai beribu-ribu, takkanlah car seat untuk anak seorang seketul tak mampu nak beli. Khen? #silaterasa

Car seat murah ke mahal ke itu tak penting. Beli ikut kemampuan. Tapi, kalau dah mampu beli handbag harga beribu, smartphone harga beribu, takkanlah car seat untuk anak harga ratus-ratus tak mampu. Khen? #silaterasalagi

Kami suami isteri memang ajar Aiden duduk dalam car seat since dia newborn. Angkat time nak menyusu sahaja. Kalau dia melalak pun we all buat dek je. So alasan anak tak nak duduk dalam car seat dan menangis tu sebenarnya boleh diubah. Kita yang kena train dan biasakan. Kena kental lebih! So sekarang bila dia dah besar, dia faham. Car seat tu tempat duduk dia. Kena duduk dalam tu. Biarlah anak menangis sebab kena paksa duduk dalam car seat, daripada aku yang meraung dan menyesal kalau apa-apa terjadi sebab kecuaian. Time tu menangis keluar air mata darah pun dah tak guna.

Pernah seseorang datang kepada aku sambil mengeluarkan statement, buat apa beli car seat sampai harga 600-700? Beli yang chap hayam sudeh, car seat je pun. Sama je kegunaan punnnnn. Which. I is tewaserrr sebab aku beli car seat memang range harga tu, brand Maxi Cosi. Lantas, Mak Jemah telah mengeluarkan statement balas kepada beliau dengan berkata, alahhh kau beli LV beribu boleh, padahal handbag je pun. Beli yang ratus-ratus pun boleh sebab kegunaan sama jahhh. Terus diam. Haa kan, siapa suruh bagi bola tanggung. Bila kena smash, toksahlah marah.

Maaf cakap ye, bukan nak berlagak beli yang branded sahaja tapi Maxi Cosi memang dah well known brand dan global safety certified. Kalau nak beli local brand macam Sw*** Ch***y tu pun boleh tapi nan hadolah safety certified bagai. Again, beli ikut kemampuan. Kalau macam aku ni nak berkira dengan anak, aku memang rasa tak patut. Diri sendiri boleh je beli iPhone, takkan untuk keselamatan anak, aku nak berkira? Boleh spend beribu untuk sebiji handbag, takkanlah car seat untuk keselamatan dan keselesaan anak aku tak boleh nak spend lebih jugak. Ini aku aplikasikan sebagai alasan untuk diri sendiri supaya tidak berkira dengan anak.

Tapi, bukanlah maksudnya semua benda pun jangan berkira. Ada certain pembelian yang kita kena berkira contohnya pakaian. Aku memang kurang lavish membeli baju untuk anak. Takdenyalah nak spend beratus untuk sehelai baju/seluar. Sehelai baju/seluar tu boleh pakai berapa lama sangat kan? They will out grown the clothes. Kalau beli baju branded ie Osh Kosh, Old Navy atau Mothercare tu pun beli yang sale. Tak pun, masuk Reject Shop. Kat situ pun berlambak baju branded tapi with discounted price kekeke. Beli baju kat H&M pun sekali-sekala. Nak beli yang high end macam Ralph Lauren ke Burberry tu memang diluar kemampuanlah. Aku tengok baju budak kat Burberry JPO tu pun macam nak pengsan harganya! Kalau mampu, belilah tak salah pun. Yang pakai pun anak sendiri jugak. Kita sebagai parents ni yang tentukan priority untuk anak-anak sendiri.

Ada sekali aku share post kat FB pasal child car seat, ada seorang senior aku kat sekolah komen anak seorang bolehlah pakai car seat. Kalau anak 3, pakai kereta biasa macam mana nak letakkan semua dalam car seat? That comment was actually came from my senior yang berkerjaya sebagai seorang guru. Cuba bayangkan kalaulah dia yang kerja begitu boleh berfikiran seperti itu, apatah lagi mindset orang yang less educated pasal child safety? Ini bukan general statement yang kata semua cikgu berfikiran seperti itu ya. Aku merujuk kepada that particular person.

Musim orang cuti raya kan baru je lepas. Adalah keluar dalam news feed aku, kawan aku travel daripada Johor ke Kedah with 3 kids. Siap letak tilam kat seat belakang untuk anak-anak bergolek terlentang! Aku hanya mampu mengucap dalam hati jelah. People say don't judge, but how not to judge kalau kau sendiri yang tepek gambar macam tu dalam FB. Tilam dalam kereta? Oh myyy!

Sepatutnya, kecelakaan yang menimpa orang lain tu kita jadikan pengajaran supaya tak terkena kat diri sendiri. Kalau dalam berita anak orang lain maut disebabkan kecuaikan ie tak diletakkan dalam child car seat, adakah memadai kita sebagai individu lain hanya berkata Al-Fatihah. Kesiannya si polan. Cukup? Apa yang kau sanggup buat untuk ubah nasib sendiri for the future? Especially for our child?

Go ask yourself. Mak bapak sekarang ni ramai lagi yang kurang ambil berat tentang keselamatan anak ketika travel. Masih prefer riba baby daripada dudukkan dalam car seat. Selain faktor keselamatan, keselesaan pun iya juga sebenarnya. Kita kalau travel, duduk berjam-jam dalam kereta pun tahu lenguh. Apatah lagi budak. Ingat tak lenguh ke badan dorang kalau diriba je? Kalau bukan kita sendiri yang boleh ubah masa depan (keselamatan anak), siapa lagi? Prevention is better than cure. 



(Penafian: Penggunaan nama brands dalam post ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak)


3 comments:

Cik Puan Tqah said...

mmg jiwa kena kental akan ada fasa anak xnak dok..susah kalau 1 pihak je yg support.. rayyan tahap melalak kua air mata kot..geramm

cc said...

Tiqah,
Sama je dengan Aiden. Kalau menangis macam Neng Yatimah, berjuraian air mata. Tapi kang pujuklah bagi toys ke, bacakan buku ke. Dia akan OK lepas tu. Kena pandai psychology dengan anak :)

KNY said...

i pun mmg bg my kids duk kt carseat dari diorg baby. ye la, pagi2 nak hantar ke babysitter sblm gi kerja. huru hara tudung baju bagai klau riba kan. haha! now dh ada 3kids, 3 carseats.. berhimpit la skit klau naik myvi tu klau takat keluar dekat2. klau jln jauh skit baru transfer carseats kt 2nd car yg sedan. kalau ada next baby baru pi beli mpv ke.. kekeke! ruang dlm kereta kena pikir juga klau nk menambah anak ni.. Hoho! semua aspek kena pikir..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...